Selalu makan tapi tak kenal mendalam, ini asal usul nama kuih lompat tikam
BAGI sesiapa yang berasal dari Kelantan atau pernah menjejakkan kaki ke negeri ini pasti tidak asing lagi dengan kuih tradisional lompat tikam.
Di bazar Ramadan seluruh Malaysia pun ramai yang menjual kuih enak ini.
Tapi pernah terfikir tak kenapa ia dipanggil 'lompat tikam', bunyi macam pelik kan?
Disebabkan namanya yang unik, tak hairanlah ramai rasa nak tahu ramai tentang asal-usul dan sejarahnya.
Kononnya cerita nenek moyang dulu-dulu, sekitar tahun 1700 kerajaan Majapahit nak menghadiahkan sesuatu kepada kerajaan Kelantan.

Jadi semasa dalam perjalanan untuk diserahkan kepada Sultan Kelantan, seorang dayang yang membawa dulang berisi kuih tersadung pada bendul istana.
Ekoran kejadian mengejutkan tu, sultan secara spontan melompat terkejut lalu secara tak sengaja menikam dayang tersebut.
Sebagai penghormatan kepada peristiwa tu, Sultan Kelantan dikatakan telah menamakan kuih tersebut sebagai lompat tikam.
Walaupun kisah ni lebih berbentuk mitos lisan, tapi yang pasti kuih ni terus jadi kegemaran semua rakyat Malaysia bukan setakat orang Pantai Timur sahaja.
MENARIK DIBACA: Cara buat nasi goreng Cina 'pot'... Tak perlu tumis, tak payah goreng tiba-tiba siap!
MENARIK DIBACA:Air madu citron bantu sembuhkan batuk berpanjangan
Kuih lompat tikam ni sebenarnya ringkas sahaja, bahannya cuma tepung beras dan santan tapi cantik dengan dua lapisan warna.
Lapisan bawah hijau biasanya warna pandan, lembut dan sedikit kenyal bila digigit.
Lapisan atas putih pula disaluti santan sedikit masin, rasa berlemak bila digigit memang seimbang dengan manis gula Melaka yang dicurahkan bila makan.
Biasanya dimakan dengan air gula Melaka dan kalau nak lengkap kenalah ada pulut merah sekali.