info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Kedai ayam gepuk kotor dikompaun! Pihak pengurusan perbaiki servis, bina semula kepercayaan pelanggan

Lead Image

TULAR di media sosial sebuah restoran nasi ayam gepuk di Bandar Saujana Putra dikompaun atas pelbagai kesalahan berkaitan kebersihan dan operasi premis.

Kompaun itu dikenakan oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat menerusi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan Persekitaran pada 14 Mei lalu.

Menurut kenyataan dimuat naik di Facebook MPKL, premis terbabit dikenakan tindakan selepas didapati beroperasi tanpa kelulusan lesen selain tahap kebersihan yang tidak memuaskan.

“Pemeriksaan mendapati terdapat sisa makanan dibuang terus ke dalam longkang sehingga boleh menjejaskan kebersihan persekitaran serta mengundang pencemaran.

Hantaran MPKL di laman Facebook mencuri perhatian netizen.

“Tindakan penguatkuasaan telah diambil dengan pengeluaran satu Notis Pemberitahuan Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan (MDKL) 2007 di bawah UUK 9(f) atas kesalahan pengendali makanan gagal mendapatkan imunisasi demam kepialu (tifoid).

“Selain itu, satu Notis Kesalahan turut dikeluarkan di bawah UUK Establisymen Makanan (MDKL) 2007, UUK 15 kerana gagal menyelenggara premis dalam keadaan bersih dan baik pada setiap masa,” menurut hantaran pada Jumaat lalu.

Menerusi tinjauan Kuali, berdasarkan gambar yang dikongsikan pihak MPKL, restoran terbabit merupakan salah satu cawangan jenama Ayam Gepuk Artisan.

Perkara itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, malah ramai meluahkan kebimbangan terhadap tahap kebersihan di cawangan lain syarikat berkenaan.

MENARIK DIBACA: Sing Sing Coffee nafi sijil halal ditarik balik, dakwaan tular tidak benar

MENARIK DIBACA: Sekilas pandang macam kelopak mata, wanita 'seram' jumpa benda asing aneh dalam daging kisar

Tampil memberi penjelasan, Ayam Gepuk Artisan dalam satu kenyataan di laman Threads membuat permohonan maaf dan memaklumkan tindakan segera telah diambil bagi menambah baik operasi mereka.

“Kami memahami kepercayaan pelanggan adalah perkara paling penting dalam membina sesebuah jenama dan kami tidak mengambil perkara ini secara ringan. Kami telah mengambil tindakan segera terhadap premis terlibat.

“Proses audit kebersihan dalaman sedang dijalankan di semua cawangan Ayam Gepuk Artisan. Kami juga sedang bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi memastikan setiap outlet mematuhi standard kebersihan dan operasi yang ditetapkan.

Ayam Gepuk Artisan dalam satu kenyataan tampil memohon maaf.

“Penambahbaikan SOP operasi, latihan staf serta pemantauan berkala sedang diperkukuhkan bermula serta-merta,” tulisnya dalam hantaran pada Ahad.

Tambah pihaknya lagi, mereka berlapang dada menerima teguran dan komited menjadikan isu berkenaan sebagai titik perubahan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan pada masa akan datang.

“Kami menghargai setiap teguran, pandangan dan kritikan yang diberikan. Insya-Allah kami akan gunakan perkara ini sebagai 'turning point' untuk menjadi lebih baik.

“Kepada semua pelanggan yang masih menyokong kami, terima kasih kerana terus memberi peluang dan kepercayaan,” katanya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Anak makan separuh coklat kawan, terkejut ibunya hantar mesej suruh bayar RM9

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Sejarah Gardenia bermula di Sabah, teknik fermentasi dan 'rehat' rahsia roti lembut

Terhangat