Sekilas pandang macam kelopak mata, wanita 'seram' jumpa benda asing aneh dalam daging kisar
SEORANG pengguna meluahkan rasa terkejut selepas mendakwa menemui benda asing ketika menyediakan daging kisar untuk membuat burger di rumah.
Menurut wanita itu, ketika itu dia sedang memasak menggunakan daging kisar berjenama sebelum menyedari terdapat benda asing iaitu bulu di dalam bahan tersebut.
“Korang rasa ni apa dalam daging kisar saya jumpa, dah siap masak baru perasan sumpah terkejut. Sekali tengok macam rambut tapi macam (bulu) kelopak mata pun ya juga,” tulisnya dalam hantaran di media sosial.
Dia kemudian terus membuang keseluruhan daging berkenaan termasuk bekas penyimpanan kerana terlalu terkejut dengan penemuan itu.

Ruang komen pula dibanjiri perkongsian warganet lain yang mendakwa pernah berdepan pengalaman hampir sama ketika menggunakan daging kisar, juga dari produk berjenama.
Seorang pengguna mendakwa pernah menemui objek seperti bulu dalam burger yang dimakan.
“Weh sama! Jumpa ni bulan lepas, akak jual burger tu pun cakap dia guna daging 'brand' tu. Masalahnya saya ada emel pihak pengeluar tapi macam tak diendahkan je. Saya beria nak tahu juga ni daging apa.
“Masa makan tu busuk tau daging ni. Ni yang jumpa dalam burger pertama, esok makan lagi burger kedua sebab nak buang (daging) sayang. Ada bulu-bulu juga dua ke tiga helai.
“Dua tahun lepas masa tengah makan daging kisar tu, saya tergigit serpihan tulang dan gigi saya terus patah. Sejak tu saya hanya makan daging kisar yang dibeli segar saja, teruk betul kualiti.

“Tengah makan satu dua suap tu aku ternampak bulu macam ni terus tak jadi makan, tapi aku tak merungut sebab orang belanja kan. Senyap-senyap buang dan lama juga tak makan burger. Sekarang kalau makan burger ayam je. Nak makan burger daging buat sendiri je, trauma,” antara komen lagi warganet.
Dalam pada itu, seorang individu yang mendakwa pernah berniaga menggunakan daging kisar komersial itu turut berkongsi pengalaman mengatakan bahawa walaupun proses pembersihan dilakukan dengan teliti, masih ada benda asing dalam bahan tersebut.
“Maaf nak cakap saya niaga dulu guna daging cincang, saya dah sehabis-habis bilas, selawat sebelum nak gumpal dengan bahan perasa masih ada tersesat juga sehelai bulu sampai dua kali dapat 'complain' dengan pelanggan. Rasa sedih gila walhal alatan sebelum dan selepas diguna cuci . Gumpal guna sarung tangan yang bersih,” ceritanya.
MENARIK DIBACA: Wanita terkedu mahkamah persoal anak makan 3 kali sehari, ada halia dalam resit tuntutan nafkah
MENARIK DIBACA: Ibu risau berat bayi tak naik-naik masa umur 9 bulan! Syukur keju jadi penyelamat
Perkara itu telah mencetuskan keraguan ramai terhadap kebersihan semasa pemprosesan dan staus halal produk daging tersebut.
“Dia kisar seekor lembu ke macam mana, pemilik posting jumpa sebelah (gambar menyerupai bulu), orang komen jumpa sebelah.
“Oh no takkan dia masukkan seekor lembu terus dalam mesin? Selama ni ingat bahagian daging-daging je dia ambil,” komen netizen lagi.