info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Bayar RM800 sebulan untuk nenek makan, cucu terkilan pakcik cuma jamu karipap, ikan rebus tiap hari

Lead Image

SEORANG pengguna Threads berasa terkilan apabila mendakwa RM800 sebulan yang diberi untuk tujuan makan minum nenek tidak digunakan dengan sepatutnya, dengan menu harian yang disediakan dikatakan tak setimpal nilai ditetapkan.

Menurut perkongsiannya, wang berkenaan diamanahkan kepada pakciknya untuk menguruskan makan minum harian nenek. 

Namun dia tersentak apabila mengetahui tentang menu harian yang didakwa terlalu ringkas.

"Wey makcik aku bagi RM800 sebulan dekat pakcik aku untuk belikan sarapan dan makan tengahari untuk Isnin hingga Jumaat je. Tapi menu harian setakat dua ketul karipap, seketul kuih ketayap untuk pagi, tengah hari pula nasi dengan ikan rebus seketul, baru habis RM10 sehari. 

Menu harian yang diterima warga emas itu dikatakan terlalu ala kadar dan tidak sepadan dengan wang yang diberikan.

"Sehari bajet ada RM40 tau, baki RM30 lagi tu nak buat apa wey? Kesian nenek aku macam diet dah padahal dia berselera tau kalau makan," luahnya kecewa.

Lebih menyedihkan, individu itu turut mendakwa hubungan kekeluargaan turut hambar apabila ahli keluarga lain jarang melawat nenek termasuk ketika musim perayaan yang mana mereka hanya singgah sekejap sebelum pulang.

MENARIK DIBACA: Cepat letih, stamina lemah! Ini 5 makanan baik untuk lelaki ada 'isu' hormon testosteron

MENARIK DIBACA: Sekilas pandang macam kelopak mata, wanita 'seram' jumpa benda asing aneh dalam daging kisar

Di ruangan komen, perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata simpati terhadap nasib si nenek.

"Suruh makcik awak upah orang kedai makan je hantar terus sarapan dan makan tengah hari ke rumah nenek. Tak perlu pakcik tu yang hantar.

Antara komen netizen di laman Threads.

"RM800 tu dah boleh upah orang kampung masak hantar tiap hari, banyak tu pak cik 'songlap' (salah guna).

"Upah orang lepas tu minta terus hidang, ambil gambar dengan nenek tiap kali hidang.

"Aduh terlampaunya... abang saya bagi duit untuk kegunaan mak, saya 'screenshot' semua jumlah dan bagi dia serta beritahu berapa baki. 

"Buat kira-kira agak-agak berapa baki yang ada. Lepas tu tanya nenek teringin makan makanan mahal apa? Lepas tu suruh pakcik tu beli makanan tu, biar seminggu nenek teringin makan makanan mahal-mahal," antara komen dan saranan netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Suami beli ikan lelong, isteri tak sampai hati nak beritahu dah busuk! Syukur luar biasa sedap lepas dimasak

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Momen

ZUS Coffee buka outlet pertama di Jakarta, sedia bersaing dengan jenama kopi tempatan

Terhangat