info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Suami beli ikan lelong, isteri tak sampai hati nak beritahu dah busuk! Syukur luar biasa sedap lepas dimasak

Lead Image

ZAMAN sekarang kos sara hidup diakui semakin mencabar, jadi tak hairanlah ramai memilih untuk berjimat dan membeli barangan promosi demi memastikan dapur rumah terus berasap.

Seorang wanita berkongsi kisah menyentuh hati mengenai 'lauk murah' yang dibeli oleh suaminya di pasar raya sehingga meraih perhatian ramai.

Menurut wanita itu, suaminya membeli beberapa jenis makanan laut berlabel kuning (lelong) di sebuah pasar raya terkemuka kerana harganya jauh lebih murah.

Tak mengeluh walau bahan mentah 'lelong' di tangan yang penting masih ada rezeki untuk dinikmati seisi keluarga.

Katanya, mereka berjaya mendapatkan dua ketul ikan merah pada harga RM13 selain sotong sekitar RM5 untuk dua ekor.

"Happy sangat sebab dah lama nak makan ikan merah. Tapi sebab mahal, tahan dulu niat tu. Zaman berjimat ni, yang mana boleh jimat kita jimat," tulisnya.

Bagaimanapun sebaik sahaja membuka bungkusannya di rumah, dia mula berasa tidak sedap hati apabila terhidu bau kurang menyenangkan daripada ikan dan sotong yang dibeli.

MENARIK DIBACA: Satu suapan dah terpukau! Ini cara mudah buat 'burnt cheesecake' rasa premium, guna bahan ringkas je

MENARIK DIBACA: Kafe Jepun jual latte pada suhu paling ekstrem di dunia, kena habiskan dalam masa 40 saat sebelum beku

Walaupun begitu, dia tetap membersihkannya sebaik mungkin menggunakan tepung sebelum dimasak kerana tidak sanggup mengecewakan suaminya.

"Suami dah la balik kerja shift malam, lepas tu pergi buat part-time rider pula. Bila dia tanya okay tak lauk tu, saya jawab okay saja," katanya lagi.

Wanita itu kemudian menggoreng ikan merah berkenaan, memasak sambal sotong selain menyediakan masak lemak bayam dan labu bersama sambal belacan sebagai pelengkap hidangan.

Apa yang mengejutkannya, lauk yang pada awalnya disangka kurang segar tiba-tiba 'berubah' menjadi sangat menyelerakan selepas dimasak.

"Ikan merah yang tadi isi macam lembik dan berbau sikit tu, MashaAllah rasa macam baru naik laut. Isi dia kenyal, fresh sangat sampai rasa nak menangis," ujarnya.

Tambahnya lagi, nasi yang dimasak juga habis seperiuk dengan suami berkali-kali memuji keenakan hidangan makan malam mereka.

Selepas selesai makan dan mengemas rumah bersama, dia akhirnya memberitahu suami tentang ikan yang dibeli dan lelaki itu memberi jawapan yang membuatkan dirinya tersentak.

Bila barang basah makin naik harga, kita belajar erti berjimat dengan lebih kreatif.

"Suami kata mungkin Allah tahu abang susah-susah cari rezeki. Entahlah, situasi malam ni buat aku tersentak betul," kongsinya lagi.

Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya tersentuh dengan kesukaran pasangan berkenaan dalam mengharungi kehidupan serba sederhana. 

Ramai menyifatkan rezeki bukan sekadar terletak pada banyaknya wang, tetapi juga pada keberkatan usaha dan keikhlasan dalam mencari nafkah buat keluarga.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Rupanya ayam gepuk tak popular di Indonesia! Cuma dimakan mahasiswa sebab murah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Bayar RM800 sebulan untuk nenek makan, cucu terkilan pakcik cuma jamu karipap, ikan rebus tiap hari

Terhangat