KUALI | Trending

[V] Nasi Goreng Robot viral, peniaga cipta 'kuali berputar' selepas terbabit kemalangan

Lead Image

KEKURANGAN bukan penghalang untuk berjaya, selagi ada semangat dan usaha seseorang itu mampu mengubahnya kepada kejayaan luar biasa.

Kisah seorang peniaga nasi goreng menyentuh hati warga maya apabila [video] menunjukkan dia menggunakan ‘robot’ untuk memasak tular di media sosial.

Terkenal dengan sajian Nasi Goreng Robot, peniaga berkenaan mencuri perhatian apabila menggunakan kuali elektrik berputar yang direka sendiri bagi memudahkan proses memasak di gerainya yang terletak di Malang, Indonesia.

Peniaga ini menggunakan dinamo motosikal dan besi untuk cipta mesin pengacau nasi goreng.

Difahamkan, peniaga dikenali sebagai Pak Dardadi itu pernah terjatuh dari motosikal sehingga mengalami patah tulang pada tangan kiri dan keadaan itu menyukarkannya untuk memegang dan mengacau nasi goreng seperti biasa.

“Tangan saya sebelah kiri ini patah, jadi tidak boleh pegang dengan betul. Sudah tiga tahun saya pakai mesin ini, berniaga pula sejak 2016,” katanya dalam rakaman video tersebut.

MENARIK DIBACA: [V] Sah jus tembikai ini tak campur air! Peniaga terkejut gerai diserbu, isteri awalnya was-was idea 'piyor'

MENARIK DIBACA:Nama Musang King hak milik Malaysia, negara lain tak boleh suka-suka guna – Mat Sabu

Tidak mahu menyerah pada nasib, warga emas itu mengambil inisiatif mencipta sendiri alat pengaduk mekanikal menggunakan dinamo ‘starter’ motosikal serta rangka besi dan keluli. 

Inovasi unik ini turut menghasilkan nasi goreng enak.

Mesin tersebut direka dengan meniru pergerakan tangan manusia, mengacau perencah dan nasi secara konsisten malah kuali turut berputar secara automatik sepanjang proses memasak.

Nasi goreng dimasak menggunakan mesin itu juga mampu meracik isi ayam untuk digoreng. 

Nasi Goreng Robot dijual pada harga kira-kira RM2.30 sepinggan dan RM2.70 bagi yang inginkan nasi goreng pedas. 

Peniaga ini cipta robot pengacau nasi goreng membuatkan netizen kagum.

Kisah ketabahan Pak Dardadi ternyata meraih pelbagai reaksi positif daripada netizen.

Ramai meluahkan rasa kagum dengan daya usaha dan kreativitinya dalam mencari rezeki walaupun kekurangan dari aspek fizikal.

"Dia adalah sumber daya manusia yang mahal, semoga sihat selalu dan laris terus.

"Semoga terus diberikan rezeki dan dipermudahkan usahanya, robot pengaduk nasi goreng paling hebat," antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Ramai tiru idea jus tembikai tak campur air, peniaga asal berlapang dada - "Teruskan, tak perlu minta izin"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Iftar 2026 di Dataran Merdeka lebih meriah, pelancong nak rasa suasana Ramadan di Malaysia

Terhangat