KUALI | Moden

Buntu lauk berbuka... Udang black pepper rangup ini boleh masuk 'list' menu hujung Ramadan

Lead Image

DAH hujung-hujung Ramadan ni, mesti ramai yang nak cari menu berbuka yang sedap dan mudah disediakan.

Kalau nak yang cepat, pedas dan masin sikit, udang goreng lada hitam (black pepper) ni memang pilihan tepat.

Sekali makan boleh buat orang tambah nasi sampai licin pinggan!

Rahsia kesedapan resipi ini dikongsi oleh @rachunyou di laman Threads.

Kelainan menu ini kerana ia ditambah lada hitam segar dan kicap cair yang memberikan rasa pedas, manis dan masin cukup seimbang.

Jom Kuali kongsi resipinya.

Udang memberikan rasa manis semula jadi.

Bahan-bahan

  • 1kg udang (buang kulit)
  • 2 biji telur
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu kicap cair
  • 1 sudu sos tiram
  • Beberapa ulas bwang putih
  • Garam 
  • Lada hitam secukupnya

Cara penyediaan

  1. Dalam mangkuk, campurkan udang dengan kicap cair, sos tiram, bawang putih cincang, garam dan lada hitam. Perap selama 20 minit supaya rasa masuk ke dalam udang.
  2. Pukul telur dan campur dengan tepung jagung. Salutkan udang yang telah diperap tadi sehingga sekata.
  3. Panaskan minyak banyak dalam kuali. Goreng udang dua kali sehingga garing dan keemasan. Cara goreng dua kali ini membuatkan udang lebih rangup di luar tapi tetap lembut di dalam.

     

     

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Si kecil pun nak makan sedap... Mak-mak boleh buat biskut raya khas, selamat untuk bayi

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Hujung Ramadan dah malas masak, mi segera goreng basah jadi penyelamat!

Terhangat