KUALI | Sajian Restoran

[V] Ini port malatang paling berbaloi, puas ‘menyelam’ di Panda Mala Hotpot

Lead Image

BUAT penggemar malatang, anda mungkin tercari-cari lokasi menarik untuk dicuba selain tempat yang biasa pergi.

Kalau nak tukar selera, port yang Kuali nak cadangkan ini memang kena singgah bukan hanya sebab harganya berbaloi tetapi saiz hidangannya lebih besar dan pilihan bahan lebih banyak.

Bagi yang gemar makan malatang, memang akan puas hati dengan pilihan bahan-bahannya.

Pelanggan boleh 'menyelam' puas-puas dan jangan lupa cuba masakan kuah malatang pedas.

Mereka yang pertama kali mahu mencuba, restoran Panda Mala Hotpot mungkin akan memberi anda kejutan!

Pelanggan memang akan puas 'menyelam' dan sedar-sedar mangkuk terus penuh dengan hidangan yang sangat menggoda.

MENARIK DIBACA: [V] Mi bandung udang galah hanya RM15, rasa asli macam makan dekat Muar

MENARIK DIBACA:  [V] Rasa asli Thailand di Nong & Jimmy, 3 menu ini wajib cuba

Tak dinafikan hidangan mangkuk di Panda Mala Hotpot memang cukup besar sesuai untuk dikongsi bersama tiga orang.

Menariknya, harga makanan akan ditentukan berdasarkan berat hidangan yang diambil.

Pelanggan boleh memilih apa-apa bahan dan harga akan ditimbang mengikut gram.

Dengan harga RM38 ini anda boleh menikmati mi ramen, sayur pak choy, fishball, daging hiris, keju tofu, sosej, kulit tofu - semuanya disajikan bersama kuah malatang.

Pilihan topping di sini pula sangat banyak sehingga rambang mata untuk memilih dari daging, seafood, fishball, sayur-sayuran segar, semuanya ada.

Setiap bahan dipilih sendiri mengikut selera menjadikan konsep makan lebih menyeronokkan.

Buat anda yang nak tukar selera, restoran Panda Mala Hotpot ini wajib masuk dalam senarai singgah makan!

Di Panda Mala Hotpot, terdapat beberapa pilihan masakan seperti mala goreng, tomato tang dan juga susu herba tang.

Paling istimewa sudah tentu kuah malatang yang menjadi signature mereka dan ada juga tahap kepedasan bermula pedas bayi hingga pedas ekstrem.

Untuk yang kurang biasa dengan pedas, boleh cuba level pedas sederhana dan jangan lupa tambah susu untuk menyeimbangkan rasa pedas serta menambah kelazatan kuah.

 

 

Bukan itu sahaja, suasana di Panda Mala juga sangat selesa dan sesuai untuk makan santai bersama kawan atau keluarga.

Lokasinya pula sangat strategik, hanya beberapa langkah dari monorail di belakang Times Square memudahkan pengunjung untuk datang tanpa perlu risau tentang 'transport'.

Lokasi: Panda Mala Halal HotPot

Waktu operasi: 11.30 pagi hingga 11 malam

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sajian Restoran

[V] ‘Heavenly Meal’ buat pencinta menu western, pasta juadah wajib cuba

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sajian Restoran

[V] Ibu Ruby's tawar hidangan Indonesia autentik, keenakan sate Maranggi sampai termimpi-mimpi 

Terhangat