[V] ‘Heavenly Meal’ buat pencinta menu western, pasta juadah wajib cuba
MAKANAN barat memang sudah menjadi sebahagian daripada kulinari tempatan malah tidak sukar mencari restoran yang menyediakan menu western.
Tapi hendak mencari restoran autentik dan benar-benar sedap itu yang menjadi cabaran kerana tidak semua tahu memasak menu tersebut dengan baik.
Tapi kalau anda ke kawasan kejiranan Desa Pandan, Kuala Lumpur, restoran ini menawarkan pelbagai hidangan barat.
Paling penting kualiti makanan disajikan tidak kalah seperti hotel lima bintang tapi pada harga berbaloi.

Dari stik, burger hinggalah pasta, setiap hidangan disiapkan dengan teliti untuk memastikan pelanggan dapat merasai pengalaman memuaskan.
Kalau singgah makan di sini, memang kena pesan pasta seperti spaghetti Alfredo with beef strips yang dimasak bersama kuah krim bechamel pekat.
Setiap suapan bertambah syahdu apabila digigt bersama daging berjus, memberikan kepuasan.
Jangan lupa cuba sendiri kelainan rasa spageti berasaskan sos tomato segar yang disediakan sendiri iaitu spaghetti tomato sunset.
MENARIK DIBACA: Mango bingsu di kafe ini antara paling popular, rasanya memang sedap!
MENARIK DIBACA: Lima 'street food' wajib serbu kalau ke Pulau Pinang
Rasanya masam manis dengan campuran herba tidak terlalu menonjol, membuatkan ia kurang muak bahkan aromanya membuka selera.
Paling penting, setiap sajian sangat berbaloi dengan harga sepinggan pasta tidak melebihi RM22.
Jadi, jika datang berdua atau mahu mencuba lebih banyak menu, digalakkan untuk berkongsi.
Sesi makan juga tak lengkap tanpa semangkuk sup cendawan panas bersama roti bawang putih panggang rangup.

Sup pekat, penuh hirisan cendawan memberi rasa nyaman terutamanya pada hari hujan.
Selain itu, terdapat juga gyoza dumpling lembut, berjus dihidangkan bersama sos mayonis pedas membantu mengimbangi rasa sepanjang menjamu selera.
Dengan pilihan menu pelbagai, rasa memikat dan harga mesra poket, Heavenly Meal sememangnya destinasi makan barat tak patut dilepaskan.
Alamat: Heavenly Meal, Lot 138A, Ground Floor, Jalan Kampung Pandan, Kampung Pandan, Kuala Lumpur
Waktu Operasi : 2 petang hingga 11 malam, Khamis hingga Selasa (Ditutup setiap hari Rabu)