KUALI | Sajian Restoran

[V] Kaki hot pot mesti suka! Kena cuba sup ayam bersama durian Musang King

Lead Image

JIKA anda penggemar hot pot yang sukakan kuah pekat dan herba segar, Golden Chicken Hot Pot destinasi perlu anda singgah.

Menariknya, restoran ini menampilkan konsep hot pot berasaskan sup ayam dan paling unik ada juga pilihan sup ayam bersama durian Musang King.

Kuali berpeluang mencuba set hidangan stone olive chicken pot yang kaya dengan rasa ayam dan bahan segar membangkitkan rasa sup.

Set hidangan stone olive chicken pot antara hidangan popular di Golden Chicken HotPot.

Dari aroma kuah sup mendidih hingga potongan ayam lembut, setiap suapan memang memuaskan!

MENARIK DIBACA: Saiz dapur kecil bukan masalah, ada cara deko agar nampak luas dan praktikal

MENARIK DIBACA: [V] Mi bandung udang galah hanya RM15, rasa asli macam makan dekat Muar

Rasanya sempurna, supnya agak pekat, penuh rasa ayam dan tidak terlalu berminyak.

Pelbagai hidangan menarik seperti lamb, chicken, oyster dan juga ring roll.

Didatangkan bersama golden chicken, chinese vinegar peanut, napier grass chicken, pasture-raised lamb roll, veggie platter dan juga mi kenyal ia sesuai untuk hidangan empat orang.

Tip penting agar hidangan lebih berbaloi, anda boleh pilih satu signature set berharga RM128 dan tambahan hidangan lain seperti oyster, Australian lamb, udang dan ring roll.

 

 

Tak kurang juga pilihan sos mungkin kelihatan ringkas tetapi kombinasi bawang putih, minyak cili, dan kicap paling sedap.

Jika suka rasa Sichuan, anda boleh tambah daun ketumbar dan bawang putih untuk rasa sos lebih harum.

Suasana ruang makan yang selesa untuk kunjungan keluarga dan bersama rakan.

Dari segi harga, boleh dikatakan ia berpatutan memandangkan kualiti dan kuantiti hidangan sangat memuaskan.

Jika datang beramai-ramai, lebih jimat kerana set besar boleh dikongsi bersama.

Lokasi: Golden Chicken Hot Pot berhadapan TRX Mall

Waktu operasi: 10 pagi hingga 2 pagi

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sajian Restoran

[V] ‘De Wan 1958’ buka cawangan di The Exchange TRX, usaha Chef Wan martabat masakan Melayu 

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sajian Restoran

[V] ‘Heavenly Meal’ buat pencinta menu western, pasta juadah wajib cuba

Terhangat