Perkahwinan 25 tahun musnah, isteri kecewa suami makan kek keju miliknya tanpa izin
TULAR dalam media sosial apabila seorang wanita berkongsi kisah perceraian dengan suaminya selepas 25 tahun bergelar suami isteri.
Walaupun perceraian dalam rumah tangga bukanlah suatu hal aneh, namun punca wanita tersebut tekad untuk berpisah menarik perhatian netizen.
Alasan penceraian tersebut disebabkan sepotong kek keju yang disimpan dalam peti sejuk hilang kerana dimakan suaminya.

Berdasarkan cerita dikongsikan dalam media sosial Reddit, wanita itu sangat marah dan kecewa selepas suaminya makan licin sepotong kek keju tanpa meninggalkan sebahagian untuknya.
Kata wanita berkenaan, kejadian itu berlaku semasa mereka sedang bercuti di sebuah hotel meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-25 tahun.
Sewaktu makan malam, wanita itu memesan sepotong kek keju sebagai pencuci mulut dan suaminya turut memesan menu serupa.
MENARIK DIBACA: Resipi apam nasi memang mudah, tersalah 'step' memang keras jadinya
MENARIK DIBACA: Resipi sambal hitam belimbing buluh hanya 4 bahan... Tapi mohon bersabar, proses memasaknya memang lama!
"Kerana telah kenyang, saya bawa pulang kek ke hotel dan simpan di dalam peti sejuk.
"Sedangkan kek suami telah habis dia makan," katanya.
Keesokan pagi, wanita itu teringat tentang kek keju yang disimpan dalam peti sejuk dan mahu menikmatinya ketika sarapan pagi.
Namun, wanita itu kecewa selepas mendapati kek keju itu lesap sebelum mendapati ia dimakan suaminya sehingga tiada sisa.

Kerana kecewa, wanita itu meminta suaminya untuk mengaku salah dan meminta maaf, namun tidak diendahkan malah wanita itu diejek suaminya sambil ketawa.
"Sepotong kek keju itu jadi punca hati saya hancur dan kecewa.
"Saya akhirnya tekad dan mengambil keputusan untuk bercerai dengan suami," katanya.