Banjir datang tanpa dijangka… Ini 5 ‘checklist’ makanan tahan lama patut disimpan
MUSIM banjir di Malaysia selalunya datang tanpa dijangka, jadi persediaan awal amat penting untuk memastikan keselamatan serta kebajikan keluarga sentiasa terjaga terutama di kawasan berisiko.
Melihat kepada keadaan cuaca sekarang yang semakin kerap hujan, antara perkara paling utama perlu diberi perhatian ialah menyediakan stok makanan tahan lama dan mudah disediakan.
Ketika banjir, bekalan elektrik mungkin terputus atau dapur tidak dapat digunakan sepenuhnya, hendak keluar membeli barang juga agak sukar.

Jadi memilih makanan yang mudah dan sesuai untuk situasi kecemasan adalah satu keperluan.
Berikut ialah lima jenis makanan utama yang patut ada di setiap rumah ketika menghadapi musim banjir.

1. Makanan dalam tin
Makanan dalam tin seperti sardin, tuna, ayam atau daging serta kacang panggang merupakan pilihan terbaik semasa kecemasan.
Makanan jenis ini boleh disimpan lama dan tidak memerlukan penyejukan.
Kebanyakannya boleh dimakan terus atau hanya perlu dipanaskan sedikit.

2. Makanan segera
Mi segera, bihun segera, oat kering dan sup antara pilihan yang mudah disediakan.
Anda hanya memerlukan air panas atau sekurang-kurangnya air suam untuk menyediakannya.
Makanan jenis ini juga ringan, mudah dibawa dan sesuai disimpan dalam jumlah besar tanpa mengambil ruang yang banyak.

3. Biskut kering
Biskut kering adalah makanan penting sepanjang banjir kerana ia memberikan tenaga cepat dan sesuai dimakan pada bila-bila masa.
Ia juga tidak mudah rosak dan sangat berguna sekiranya bekalan masakan terhad.
MENARIK DIBACA: Kajian dapati lipas hasilkan susu 3 kali lebih berkhasiat berbanding susu lembu
MENARIK DIBACA: Ada beza cendol Malaysia dan Thailand, campuran air kelapa muda beri kelainan
Kanak-kanak dan warga emas juga biasanya mudah menerima makanan jenis ini.

4. Makanan ready-to-eat
Makanan siap sedia seperti roti sandwic tahan lama, kekacang, granola bar, energy bar serta kurma sangat berguna ketika banjir.
Ia tidak memerlukan proses memasak dan boleh mengenyangkan dengan cepat.
Kurma pula memberikan sumber gula semula jadi untuk tenaga segera.

5. Air mineral dan minuman berkhasiat
Air adalah keperluan paling penting semasa kecemasan.
Simpanlah stok air mineral yang mencukupi untuk sekurang-kurangnya beberapa hari.
Minuman seperti susu UHT, milo kotak atau minuman isotonik dapat membantu mengekalkan tenaga dan hidrasi terutamanya jika anda banyak bergerak atau berpindah ke pusat pemindahan.