Kajian dapati lipas hasilkan susu 3 kali lebih berkhasiat berbanding susu lembu
KAJIAN sekumpulan penyelidik dari International Union of Crystallography mendapati susu dihasilkan oleh lipas dari spesis pacific beetle cockroach boleh diminum manusia dan mempunyai pelbagai manfaat.
Dalam kajian yang diterbitkan pada 2016 itu menyebut, susu dihasilkan berupaya menjadi superfood
Berbeza dengan susu pada lazimnya iaitu berwarna putih, susu dihasilkan lipas betina pacific beetle cockroach ini berbentuk kristal dengan kandungan protein berkualiti tinggi.
MENARIK DIBACA: Tak payah membazir buat rawatan laser, kapur sirih dan limau kasturi berkesan buang bulu ketiak
MENARIK DIBACA: Gulai telur stail Kelantan resipi Hisham Raus memang padu, tambah solok lada lagi sedap
Bukan itu sahaja, kajian menyeluruh turut mendapati susu yang dihasilkan itu turut mengandungi asid amino lengkap, gula dan kalori tiga kali lebih tinggi berbanding susu lembu!
Bagaimanapun sehingga kini kajian lanjut masih lagi dibuat bagi memastikan susu berkenaan selamat untuk manusia.
Ini termasuk keberkesanannya terhadap meningkatkan kesihatan manusia selain kajian lanjut mengenai kandungan susu tersebut.
Penyelidikan awal turut mendapati susu itu selamat dan mampu menjadi superfood pada masa hadapan.