KUALI | Resipi Tradisi

Gulai telur stail Kelantan resipi Hisham Raus memang padu, tambah solok lada lagi sedap

Lead Image

PERNAH tak tiba-tiba anda rasa buntu nak masak apa? Jemu juga kalau hari-hari makan lauk ayam atau ikan.

Kalau ada telur, apa kata anda cuba resipi gulai telur ala Kelantan. Janganlah asyik digoreng atau didadar sahaja.

Dengan kuah yang pekat ditambah dengan aroma rempah memikat, resipi gulai telur Kelantan oleh influencer terkenal Hisham Raus ini memang sedap dimakan bersama sambal belacan.

Tak perlu lauk lain, makan bersama nasi dan timun potong pun sudah cukup menyelerakan. Kalau tak percaya cubalah!

Bahan-bahan

Bahan A (kisar)

  • 1 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 tangkai cili kering
  • ⁠Air secukupnya

MENARIK DIBACA: Pahit tapi banyak kebaikan... Kajian saintis Jepun dedah rahsia kopi, kunci kulit cerah dan awet muda

MENARIK DIBACA: Port sarapan di Jasin ini memang berbaloi, hanya RM12.90 siap dapat pemandangan padang golf

Bahan B (Tumis)

  • Telur (Direbus)
  • Minyak Masak
  • ⁠Kulit kayu manis
  • Bunga cengkih
  • Bunga lawang
  • Buah pelaga
  • Solok lada
  • Cili padi
  • ⁠1/2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu besar serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk kari 
  • 1 sudu besar kerisik
  • Serbuk cili (secukupnya)
  • 1 kotak kecil santan
  • ⁠Gula Melaka
  • Garam
  • Serbuk perasa

Langkah penyediaan

  1. Kisar kesemua bahan A sehingga halus.
  2. Panaskan minyak dan masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga.
  3. Masukkan bahan kisar bersama serbuk ketumbar, serbuk kunyit dan serbuk kari kemudian tambahkan sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan telur rebus yang telah dikupas kulitnya dan gaul sehingga sebati.
  5. Masukkan gula Melaka, garam dan serbuk perasa secukupnya dan biarkan seketika.
  6. Selepas itu masukkan satu kotak kecil santan dan kerisik bersama air secukupnya.
  7. Masukkan solok lada bersama cili padi hijau dan merah.
  8. Gaul dan biarkan seketika. Siap untuk dihidangkan bersama nasi, potongan timun dan sambal belacan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Kuih kukus labu keladi, perpaduan rasa dan budaya Malaysia

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Rangup di luar, lembut di dalam... Ini rahsia ikan celup tepung sedap macam dekat Terengganu

Terhangat