KUALI | Bufet

Port sarapan di Jasin ini memang berbaloi, hanya RM12.90 siap dapat pemandangan padang golf

Lead Image

PASTI ramai daripada kita tak pernah terfikir nak bersarapan pagi di kelab golf, apatah lagi kalau berkunjung ke Melaka.

Rasanya banyak lagi 'port' menarik di Melaka yang boleh dikunjungi untuk menikmati pelbagai juadah enak berbanding di sebuah kelab golf.

Tapi nanti dulu, anda mungkin berubah fikiran kalau berkunjung ke Bonda Heritage Cafe di Jasin Heritage Golf Club dekat Jasin, Melaka.

Kafe ini memang sesuai betul untuk penggemar hidangan bufet, apatah lagi harga dikenakan memang cukup berbaloi di bawah RM15 sekepala.

Bonda Heritage Café turut menyajikan makan tengah hari secara ala-carte bermula pukul 11 pagi.

Bufet sarapan pagi cukup berpatutan iaitu RM12.90 untuk dewasa, manakala warga emas dan kanak-kanak sehingga umur 12 tahun pada berharga RM8.90.

Walaupun harganya berpatutuan namun bufet sarapan pagi yang disediakan di Bonda Heritage Café cukup berbaloi untuk dinikmati seisi keluarga.

Menurut pemiliknya yang mesra dipanggil Bonda Rosie, terdapat lebih daripada 10 jenis menu sarapan pagi akan dihidangkan setiap hari untuk dinikmati sehingga puas oleh para pelanggan.

"Setiap hari kami akan hidangkan lebih daripada 10 jenis menu sarapan pagi termasuk kuih-muih kepada pelanggan di Bonda Heritage Cafe.

MENARIK DIBACA: [V] Mi goreng sotong Ayishaah Corner air tangan asli ‘Pulau Mutiara’, kalau pekena memang berpeluh!

MENARIK DIBACA: Sakit tak baik-baik, doktor kongsi kebaikan kunyah bunga cengkih legakan batuk

"Antaranya seperti nasi lemak, mi goreng, mihun goreng, kuetiau goreng, nasi goreng, lontong dan aneka kuih-muih tradisi Melayu.

"Selain itu kami juga sajikan sarapan pagi seperti roti bakar dan bijirin," katanya.

Bercerita tentang harga, Bonda Rosie berkata harga serendah RM12.90 yang ditawarkan adalah strategi Bonda Heritage Cafe untuk menarik perhatian pengunjung datang ke Jasin Heritage Golf Club.

Katanya, sebelum Bonda Heritage Cafe dibuka sejak sebulan lalu, ramai orang beranggapan bahawa Jasin Heritage Golf Club merupakan lokasi 'private' untuk pengunjung yang mahu bermain golf sahaja.

Pengunjung bakal menjamu sarapan di ruang makan yang luas sambil menikmati pemandangan padang golf menghijau.

"Alhamdulillah, sejak Bonda Heritage Cafe dibuka, orang ramai mula datang ke Jasin Heritage Golf Club untuk menikmati bufet sarapan pagi.

"Pengunjung yang datang bukan sahaja dari Melaka, tetapi juga dari luar kawasan, sekali gus merancakkan lagi suasana di sini," ujarnya.

Dibuka setiap hari, Bonda Heritage Cafe menawarkan bufet sarapan pagi bermula pada pukul 7 pagi sehingga 11 pagi.

Selain itu pengunjung juga boleh menikmati hidangan makan tengah hari secara ala-carte dengan hidangan lauk-pauk kampung menyelerakan seperti asam pedas daging tetel, siput sedut masak lemak dan aneka lagi juadah.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Bufet

Sajian Minnan sepanjang November di Le Méridien Putrajaya, pengalaman gastronomi merentas budaya

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Bufet

Minum petang penuh budaya, 5 set hidangan pamer keunikan warisan kulinari tempatan

Terhangat