Sajian Minnan sepanjang November di Le Méridien Putrajaya, pengalaman gastronomi merentas budaya
SEPANJANG November ini, Le Mei Chinese Restaurant di Le Meridien Putrajaya membawakan pengalaman gastronomi merentasi sempadan budaya menerusi Promosi Istimewa Masakan Minnan.
Hasil kolaborasi unik bersama Sheraton Grand Xiamen, China, restoran eksklusif ini mempersembahkan gabungan tradisi dan inovasi dalam setiap hidangan bermula dari 3 November hingga 16 November 2025.
Kolaborasi ini bukan sekadar sesi makan malam, tetapi ibarat perayaan budaya dan cita rasa masyarakat Kantonis diraikan secara majmuk.

Dengan kepakaran Ketua Chef Dapur Cina, Chef Lou membolehkan tetamu mengikuti perjalanan menjamu selera sambil menikmati keaslian masakan Minnan jarang ditemui, diperkaya sentuhan moden dan estetika seni masakan.
Buat tetamu ingin mencuba, sesi makan malam bakal dimulakan dengan kehalusan rasa herba Cina, Sup Tulang Rusuk Daging Lembu Rebus Berganda Quan Zhou.
MENARIK DIBACA: [V] Fluffy Gila! Pancake ala Jepun ni buat ramai repeat... Lagi best, harga tak sampai RM10!
MENARIK DIBACA: [V] Ranggup di luar, lembut di dalam... Kena cuba kuih cara berlauk goreng
Kemudian, restoran ini menghidangkan keunikan menu Itik Rebus Gaya Minnan dengan halia cukup berani dan aromatik.
Tidak kurang menarik, menu Ayam Gulung Goreng Rangup Campur Lima Rempah memberikan gabungan tekstur dan keenakan memikat buat yang pertama kali mencuba.

Bagi peminat makanan laut, hidangan Ikan Sand Whiting Bakar dengan Lada Szechuan menawarkan sensasi pedas ringan dan memikat.
Manakala menu Sotong Kukus dengan Cili Kuning Jeruk dan Rumpai Laut Cina memberikan rasa masam segar memberi keseimbangan pada keseluruhan pengalaman.

Hidangan lain patut dicuba adalah Kupang Rebus dalam Sup Ayam, Telur Dadar Tiram Gaya Minnan dan Pulut Kukus dengan Ketam Bertelur dalam Daun Teratai cukup unik memberi simbol
keaslian warisan Minnan sangat indah.
Sesi ini juga lebih bermakna sekiranya diakhiri dengan pilihan resipi Mi Hoon Goreng Heng Hwa bersama Makanan Laut Campur, hidangan klasik membawa kesempurnaan kepada perjalanan rasa ini.
Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut, hubungi Le Mei Chinese Restaurant di talian 03-86896868 atau email dining.lmputrajaya@lemeridien.com.