[V] 100 hidangan istimewa sempena Krismas dan tahun baharu di Imperial Lexis Kuala Lumpur
SEMPENA sambutan Hari Krismas dan Tahun Baharu 2026 yang bakal tiba tidak lama lagi, Imperial Lexis Kuala Lumpur hadir dengan promosi bufet istimewa yang pastinya mengiurkan.
Mengangkat tema 'Taste the Season in Grand Style', hotel berkenaan menjanjikan bufet dengan hidangan mewah dan suasana perayaan yang meriah.
Terdapat lebih daripada 100 jenis hidangan tempatan dan antarabangsa yang disediakan oleh cef profesional Imperial Lexis Kuala Lumpur sendir bakal membuatkan pengunjung rambang mata.

Antara hidangan lazat yang dihidangkan seperti ayam belanda panggang, daging Australian striploin bakar, aneka pilihan makanan laut segar sehingga deretan sajian pencuci mulut menyelerakan.
Bagi penggemar menu sajian dari Jepun, hidangan seperti sushi dan sashimi dengan pilihan ikan-ikan segar dan berkualiti juga tersedia.
MENARIK DIBACA: [V] Dottie dan kari tak boleh dipisahkan, juadah wajib sejak kecil
MENARIK DIBACA: [V] Syurga makanan Timur Tengah di Halab Gate, harga pula mesra poket!
Tidak dilupakan juga menu cita rasa tempatan seperti nasi ayam, mi kari dan juga sate turut menanti santapan anda.
Keseluruhannya terdapat tiga pilihan tawaran bufet berbeza yang disajikan Imperial Lexis Kuala Lumpur bersempena Hari Krismas dan Tahun baharu.
Butiran lengkap tawaran adalah seperti berikut:-

1. Christmas Eve Buffet Dinner
24 Disember 2025 (6 petang-10 malam)
Harga: RM268nett (Dewasa) | RM168nett (Warga emas 60 tahun ke atas) RM128nett (Kanak-kanak 7 hingga 12 years)
*Promosi Early Bird: Diskaun 20% jika tempatan dibuat pada 12 Disember 2025
2. New Year’s Eve Buffet Dinner
31 Disember 2025 (6 petang-10 malam)
Harga: RM268nett (Dewasa) | RM168nett (Warga emas 60 tahun ke atas) | RM128nett (Kanak-kanak 7 hingga 12 tahun)
3. Festive High Tea Buffet
25 Disember 2025 & 1 Januari 2026 (12.30 tengah hari-3.30 petang)
Harga: RM168nett (Dewasa) | RM128nett (Warga emas 60 tahun ke atas) | RM88nett (Kanak-kanak 7 hingga 12 tahun)
Orang ramai yang ingin membuat tempahan dan pertanyaan boleh berhubung melalui WhatsApp di nombor +6010 784 0176 atau melalui emel di eat@imperiallexiskl.com.