KUALI | Menu Selebriti

[V] Dottie dan kari tak boleh dipisahkan, juadah wajib sejak kecil

Lead Image

SALAH satu makanan popular di Malaysia adalah kari dan ia digemari tanpa mengira kaum bahkan ada segelintir penggemarnya 'menggeletar' jika tidak menikmati juadah itu dalam sehari.

Itu juga dirasakan oleh pelakon Dottie yang tidak boleh hidup tanpa menikmati masakan kari.

Dottie atau Nur Syuhaida Abdul Razak berkata, keluarganya amat menggemari masakan kari sehingga juadah tersebut menjadi menu wajib hampir setiap hari.

"Saya memang suka masakan kari kerana sejak kecil, saya dibesarkan dalam suasana rumah yang amat menggemari masakan tersebut.

Setiap hari Dottie akan masak di rumah kerana telah dididik untuk rajin ke dapur sejak kecil.

"Boleh dikatakan masakan kari telah menjadi menu wajib yang perlu dimasak setiap hari.

"Sampai hari ini saya dan masakan kari tidak boleh dipisahkan," katanya kepada Kuali.

Bercakap tentang kebolehannya memasak, pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama bersiri Dottie itu memberitahu setiap hari dia akan memasak di rumah.

MENARIK DIBACA: [V] Tak handal tapi cekap di dapur, Aniq Suhair belajar masak guna resipi di media sosial

MENARIK DIBACA: [V] Syurga makanan Timur Tengah di Halab Gate, harga pula mesra poket!

Malah sejak kanak-kanak lagi, Dottie telah dididik untuk ke dapur kerana membesar dan dijaga oleh neneknya semasa kecil.

"Sejujurnya setiap hari saya akan masak di rumah kerana sejak kecil saya telah diajar untuk ke dapur (memasak).

"Saya membesar dan dijaga oleh arwah nenek. Jadi saya banyak menolongnya memasak.

"Sambil menolong, saya perhatikan cara arwah nenek masak termasuk mengenali bahan-bahan yang digunakan dalam masakan. Dari situlah saya belajar memasak," kata wanita berusia 37 tahun itu.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Selebriti

[V] Hidup berdikari di AS banyak hikmah, Juliana Evans kini cekap memasak - “Tapi tengok ‘mood’ juga”

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Selebriti

[V] Tak handal tapi cekap di dapur, Aniq Suhair belajar masak guna resipi di media sosial

Terhangat