[V] Tak handal tapi cekap di dapur, Aniq Suhair belajar masak guna resipi di media sosial
SEORANG lelaki perlu mempunyai kemahiran memasak sebagai salah satu cara berdikari terutamanya bagi golongan bujang.
Bagi pelakon Aniq Suhair, 24, kemahiran memasak juga dapat membantu menjimatkan perbelanjaan untuk kegunaan lain.
Malah Aniq melihat makanan yang dimasak di rumah lebih terjamin dari segi kebersihan selain boleh memilih menu lebih sihat.
"Bagi saya lelaki bujang perlu belajar dan tahu serba sedikit ilmu memasak.

"Sekurang-kurangnya mereka dapat berjimat cermat berbanding makan di kedai," katanya kepada Kuali.
Kata bekas peserta Hero Remaja itu lagi, kini terdapat banyak resipi dikongsikan di media sosial boleh dijadikan rujukan untuk belajar memasak.
"Sekarang banyak video resipi dalam media sosial yang boleh dijadikan rujukan. Resipi yang dikongsikan juga mudah.
MENARIK DIBACA: Gabungan madu dan paprika rahsia ‘Hot Honey Chicken’ sedap, memang licin sepinggan!
MENARIK DIBACA: [V] Syurga makanan Timur Tengah di Halab Gate, harga pula mesra poket!
"Menjadi atau tidak, itu bukan masalah utama. Apa yang penting anda ada usaha untuk belajar," katanya.
Ketika disoal tentang kemahirannya di dapur, Aniq mengakui dirinya bukanlah handal dalam bidang memasak namun masih mampu menghasilkan beberapa hidangan ringkas.
"Saya bukanlah handal sangat (memasak). Tapi saya boleh buat beberapa hidangan ringkas.
"Antaranya telur dadar, sayur campur, ikan goreng dan stik. Bolehlah sikit-sikit," ujarnya.