KUALI | Menu Selebriti

[V] Rosnah Johari masih kekal cantik di usia 62 tahun, amal suplemen sejak muda

Lead Image

MENITI usia 62 tahun, dramatis Rosnah Johari masih kelihatan cantik dan awet muda.

Garis-garis halus tanda penuaan pada wajahnya tidak begitu ketara, malah boleh dikatakan Rosnah seperti tidak dimamah usia.

Berkongsi soal gaya hidup dan pemakanan, anak jati Kuala Lumpur itu berkongsi mengamalkan pengambilan makanan tambahan atau suplemen sejak di usia muda untuk kecantikan dan kesihatan.

Kata penerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Seri Angkasa 1989 itu, sehingga kini dia masih mengambil suplemen yang menjadi rutin wajib dalam kehidupan sehariannya.

Rosnah tetap mengambil nasi sekurang-kurangnya sekali sehari untuk membekalkan tenaga.

"Sejak mula bekerja dan ada duit sendiri saya sudah amalkan pengambilan makanan tambahan atau suplemen.

"Lebih-lebih lagi usia saya kini telah mencecah lebih 60-an, memang saya tidak boleh tinggalkan suplemen.

"Tujuannya bukan sahaja untuk kecantikan, tetapi juga kesihatan," ujar Rosnah kepada Kuali.

Pada masa sama, pelakon yang mula mencipta nama menerusi karya Upih Pinang Seludang Kelapa itu turut mengamalkan pemakanan seimbang untuk menjaga bentuk tubuhnya mengikut kesesuaian usia dan ketinggiannya.

MENARIK DIBACA: Masak lemak labu dan bayam, anak-anak 'liat' makan sayur mesti suka!

MENARIK DIBACA: Tak payah membazir buat rawatan laser, kapur sirih dan limau kasturi berkesan buang bulu ketiak

Namun begitu, Rosnah berkata dia perlu mengambil nasi sekurang-kurangnya sekali sehari pada waktu makan tengah hari untuk tenaga terutama ketika berlakon untuk menjiwai watak.

"Dari segi pemakanan, saya makan secara seimbang supaya badan tidak terlalu gemuk atau terlalu kurus.

"Cuma kalau berada di set penggambaran, adakalanya makan sehingga lima kali sehari.

"Paling penting saya kena ambil nasi sekurang-kurangnya sekali sehari pada waktu makan tengah hari untuk tenaga ketika bekerja supaya mood saya stabil untuk menjiwai watak," ujarnya sambil ketawa.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Selebriti

[V] Tak handal tapi cekap di dapur, Aniq Suhair belajar masak guna resipi di media sosial

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Selebriti

[V] Sharifah Haneesya amal sunnah Nabi... Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang demi kesihatan

Terhangat