[V] Sharifah Haneesya amal sunnah Nabi... Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang demi kesihatan
RAMAI kagum dengan bentuk tubuh langsing pelakon dan model Sharifah Haneesya sehinggakan ramai bertanya rahsia diet diamalkannya.
Bagaimanapun dedah Haneesya, 25, dia tidak melakukan sebarang diet ketat sebaliknya hanya mengamalkan sunnah Rasulullah SAW iaitu makan sebelum lapar dan berhenti (makan) sebelum kenyang.
Kata Haneesya, dia mengikut cara pemakanan disarankan Rasulullah kerana yakin tentang manfaatnya terhadap kesihatan tubuh badan.
"Orang selalu ingat saya diet 'kaw kaw' tetapi sebenarnya tidak.

"Saya diet tapi saya ikut cara yang diamalkan oleh Nabi iaitu makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang.
"Cara tersebut sangat mudah dan ada sebabnya tersendiri," kongsinya kepada Kuali.
Tambah Haneesya, dia mengikut sunnah diamalkan Rasulullah kerana makan sebelum lapar boleh mengelak seseorang daripada terkena serangan gastrik kerana perut kosong.
Manakala berhenti sebelum kenyang pula bertujuan untuk mengelak seseorang daripada malas bergerak sehingga mengakibatkan mereka sukar melakukan kegiatan harian disebabkan terlalu kenyang.
MENARIK DIBACA: Tak payah membazir buat rawatan laser, kapur sirih dan limau kasturi berkesan buang bulu ketiak
MENARIK DIBACA: [V] Obsesi terhadap makanan pedas bawa padah, Tiz Zaqyah derita masalah gastrik
"Apa yang Nabi ajar ada sebabnya. Jika kita lambat makan, kemungkinan boleh mendapat gastrik dan masuk angin.
"Berhenti sebelum kenyang pula supaya memudahkan kita melalukan kegiatan harian.
"Kalau kenyang sangat nanti malas nak bergerak, bersenam dan beribadah. Sunnah yang diajarkan Nabi itu memang masuk akal," katanya.
Haneesya lebih memilih makanan yang dimasak sendiri kerana lebih terjamin dari segi kebersihan dan bahan digunakan.

Selain mengamalkan cara pemakanan Rasulullah, pelakon berkulit hitam manis itu juga memilih makan makanan yang dimasak sendiri kerana lebih terjamin dari segi kebersihan dan nutrisi.
Kata pelakon filem Malam Terlarang itu, dia bukanlah seorang gadis yang suka memasak namun disebabkan sedang menjaga bentuk badan dia akan memasak sendiri diri rumah.
"Saya bukanlah seorang yang rajin memasak tapi saya sedang jaga badan.
"Jadi makan masakan sendiri adalah pilihan lebih baik kerana saya boleh kawal bahan yang digunakan selain kebersihannya juga terjamin," ujar Haneesya.