KUALI | Resipi Moden

Gabungan madu dan paprika rahsia ‘Hot Honey Chicken’ sedap, memang licin sepinggan!

Lead Image

KOMBINASI rasa pedas manis membuatkan sajian hot honey chicken ini cukup istimewa!

Mana tidaknya, ayam digoreng rangup kemudian disaluti sos madu pedas berlemak memberikan sensasi menyengat dalam setiap gigitan.

Bila dipadankan dengan sos garlic ranch berkrim dan sedikit masam, pasti membuatkan sesiapa sahaja tidak berhenti makan.

Nampak sahaja rumit tetapi hidangan ini cukup mudah disediakan di rumah dengan hanya mengikut resipi di bawah:-

Madu menambahkan rasa pedas pedas manis.

Bahan-bahan

Untuk Ayam:

  • 10 ketul ayam bahagian peha dan kepak
  • Tepung Bestari (perisa hot & spicy)
  • Air sejuk
  • Mentega
  • Minyak masak
  • Serbuk paprika
  • Serbuk bawang putih
  • Madu
  • Sos sriracha

Untuk Garlic Ranch Dip:

  • Yogurt
  • Mayonnaise
  • Serbuk bawang putih
  • Daun parsley kering 

MENARIK DIBACA: Tumisan mentega dan bawang putih rahsia ayam goreng Korea sedap menjilat jari

MENARIK DIBACA: Lebih sihat tanpa perasa tambahan, ini cara-cara buat nuget di rumah

Cara penyediaan

Ayam Goreng

  1. Cuci bersih bahagian peha dan kepak ayam.
  2. Taburkan tepung bestari perisa ke atas ayam untuk lapisan pertama.
  3. Masukkan sedikit air sejuk dan gaul rata. Biarkan selama 15–30 minit supaya ayam lebih lembut.
  4. Coating sekali lagi dengan tepung bestari untuk lapisan rangup.
  5. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ayam sehingga keemasan dan rangup.
  6. Dalam kuali lain, panaskan mentega, kemudian masukkan serbuk paprika, serbuk bawang putih, madu, dan sos sriracha.
  7. Masak sehingga kuah memekat, kemudian masukkan ayam yang telah digoreng. 
  8. Gaul rata sehingga ayam bersalut kuah pedas manis.

Garlic ranch

  1. Dalam mangkuk, campurkan yogurt, mayonnaise, serbuk bawang putih, dan daun parsley kering.
  2. Kacau sehingga sebati. Sos ini sesuai untuk dicicah bersama ayam goreng.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Moden

Menu diet tak lagi membosankan, resipi salad kentang sihat dan kenyang lebih lama

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Moden

Tak kalah sedap dengan ayam goreng Korea, keenakan ‘chicken katsu’ pada salutan serbuk roti panko

Terhangat