Tak kalah sedap dengan ayam goreng Korea, keenakan ‘chicken katsu’ pada salutan serbuk roti panko
SELAIN ramen, ayam katsu antara hidangan asal Jepun yang cukup popular dalam kalangan penggemar kulinari dari negara berkenaan.
Ayam keemasan rangup, diikuti rasa lembut dan berjus menjadikan hidangan itu digemari ramai dan tak kalah sedap dengan ayam goreng Korea yang menjadi kegilaan ketika ini.
Cara membuatnya juga tidak sukar tetapi rahsia luarannya rangup dan tidak berminyak adalah penggunaan serbuk roti panko.

Serbuk roti panko itu bukan sahaja mempunyai tekstur lebih ringan tetapi menyerap lebih sedikit minya apabila digunakan untuk menggoreng atau membakar makanan seperti ayam, ikan atau sayur-sayuran.
Hidangan ini lebih sedap jika dinikmati bersama nasi putih panas, kuah kari Jepun atau sos blackpaper pedas manis menyelerakan.
Sama ada dimakan begitu sahaja atau dijadikan lauk utama, chicken katsu pasti menjadi kegemaran seisi keluarga.
Bahan-bahan
- 4 keping dada ayam tanpa kulit dan tulang (dihentak nipis)
- Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
- 2 sudu besar tepung gandum
- 1 biji telur, dipukul
- 1 cawan serbuk roti panko
- 1 cawan minyak masak (secukupnya untuk menggoreng)
MENARIK DIBACA: Tumisan mentega dan bawang putih rahsia ayam goreng Korea sedap menjilat jari
MENARIK DIBACA: Kalau beli di kedai mahal harganya, bukan susah sangat buat Strawberi Sando
Cara penyediaan
- Perasakan dada ayam dengan garam dan lada hitam di kedua-dua belah.
- Sediakan tiga bekas berasingan berisi tepung gandum, telur dan serbuk roti.
- Salut ayam dengan tepung gandum dan goncang lebihan tepung.
- Celupkan dalam telur, kemudian golekkan dalam serbuk roti sehingga rata di kedua-dua belah.
- Panaskan minyak dalam kuali di atas api sederhana besar.
- Goreng ayam selama 3–4 minit setiap sisi atau hingga berwarna keemasan.
- Angkat dan toskan atas tisu dapur.