Tumisan mentega dan bawang putih rahsia ayam goreng Korea sedap menjilat jari
KOMBINASI rasa pedas manis sos gochujang serta tekstur rangup membuatkan populariti ayam goreng Korea digemari ramai.
Tidak hairanlah restoran menjual ayam goreng Korea tumbuh bagaikan cendawan di negara ini kerana populariti dan mendapat permintaan tinggi pelanggan.
Sehinggakan ada yang tampil dengan pelbagai versi ayam goreng Korea dalam menarik perhatian pelanggan dan mencipta kelainan.
Sebenarnya senang sangat kalau nak buat sendiri ayam goreng Korea yang menyelerakan di rumah malah bahan-bahan diperlukan juga mudah didapati.

Bahan-bahan
- 10 ketul drummet ayam
- 1 sudu besar pes halia
- 1 sudu besar pes bawang putih
- Serbuk perasa secukupnya
- 3 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar mentega
- 1 sudu besar bawang putih cincang
- 2–3 sudu besar sos gochujang
- Bijan untuk taburan
MENARIK DIBACA: Resipi Shakshuka ala Arianna Kitchen, mudah dan kena dengan tekak orang kita!
MENARIK DIBACA: Sedap macam dekat kedai mamak, jom cuba resipi ayam masak bawang
Cara penyediaan
- Perap ayam dengan pes halia, pes bawang putih dan sedikit serbuk perasa sekurang-kurangnya 30 minit supaya lebih berperisa.
- Gaulkan ayam bersama campuran tepung jagung dan tepung gandum hingga bersalut sekata.
- Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak serta rangup. Angkat dan ketepikan.
- Dalam kuali lain, cairkan mentega dan tumis bawang putih cincang hingga wangi.
- Masukkan sos gochujang dan gaul sebati hingga sedikit pekat. Tutup api.
- Gaul rata kemudian taburkan bijan
- Masukkan ayam goreng ke dalam sos dan gaul rata sehingga semua ketulan bersalut sepenuhnya.
- Akhir sekali, taburkan bijan sebagai penambah aroma dan tekstur.