KUALI | Resipi Moden

Agar-agar buah naga penyegar tekak ketika cuaca panas

Lead Image

CUACA panas sejak kebelakangan ini memang nikmat kalau dapat menjamah agar-agar buah yang sejuk dan lembut dari peti ais.

Lagi-lagi kalau guna buah naga – dengan warna merah jambu pekat bukan sahaja tarik perhatian tetapi membangkitkan selera.

Selain kaya dengan antioksidan, buah naga juga membantu menyejukkan badan dan melancarkan pencernaan.

Digabungkan pula dengan susu cair, menjadikan pencuci mulut ini penyegar tekak terbaik untuk dinikmati seisi keluarga.

Mari Kuali kongsi resipi agar-agar buah naga mudah yang boleh dihasilkan di rumah:-

Buah naga kaya dengan antioksidan.

Bahan-bahan

  • 10 gram serbuk agar-agar
  • ½ cawan gula (boleh ubah ikut citarasa manis)
  • 1 cawan susu cair
  • 3 cawan air
  • 1½ biji buah naga (dipotong dadu kecil)

MENARIK DIBACA: Candy pineapple macam tanghulu tapi guna buah-buahan tempatan

MENARIK DIBACA: Sambal tempoyak ayam masakan paling ‘malas’ tapi buat bertambah nasi

Cara penyediaan

  1. Tuangkan air ke dalam periuk, masukkan serbuk agar-agar dan kacau dengan api sederhana sehingga larut sepenuhnya.
  2. Tambahkan susu cair dan gula sedikit demi sedikit. Kacau hingga gula larut dan rasa manis sekata mengikut citarasa.
  3. Akhir sekali, masukkan potongan buah naga ke dalam campuran agar-agar. Tak perlu masak lama supaya buah tidak hancur.
  4. Tuangkan campuran ke dalam acuan atau loyang. 
  5. Biarkan seketika pada suhu bilik sehingga mengeras sebelum masukkan ke dalam peti sejuk.
  6. Hidangkan sejuk-sejuk dalam potongan kecil.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Moden

Aiskrim Malaysia pun alami evolusi, boleh jadi idea jualan menguntungkan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Moden

Tumisan mentega dan bawang putih rahsia ayam goreng Korea sedap menjilat jari

Terhangat