KUALI | Resipi Moden

Aiskrim Malaysia pun alami evolusi, boleh jadi idea jualan menguntungkan

Lead Image

AISKRIM Malaysia akan sentiasa terpahat sebagai salah satu memori membahagiakan dalam diri seorang kanak-kanak.

Satu gigitan, rasa manis dan sejuk terus buat hilang rasa dahaga selepas puas bermain bersama kawan-kawan.

Harganya pula cuma 20 sen dengan pelbagai perasa seperti milo, sirap, anggur, asam masin, keladi dan oren.

Aiskrim Malaysia sudah banyak mengalami perubahan.

Walaupun kini berlambak aiskrim 'moden' dijual di pasaran namun aiskrim Malaysia tetap ada tempat istimewa di hati ramai.

Jika teringin, senang sahaja hendak buat aiskrim Malaysia tanpa perlu mesin mahal tetapi cukup sekadar dengan bahan asas yang sedia ada di dapur.

MENARIK DIBACA: Si manja tunjuk minat makanan pepejal, ibu-ibu boleh beri 5 makanan ini bantu bayi belajar kunyah

MENARIK DIBACA: Nampak macam rempah biasa, tapi rupanya kaskas ada ‘kisah gelap’ tersembunyi

Dengan sedikit kreativiti, aiskrim Malaysia juga sudah banyak berubah dengan mengikut citarasa. 

Jom Kuali tunjukkan cara buat aiskrim Malaysia homemade yang bukan saja nostalgia tapi juga boleh jadi idea jualan kecil-kecilan yang menguntungkan.

Bahan-bahan

  • 2 cawan yogurt asli/yogurt perisa buah 
  • ½ cawan susu penuh krim atau susu cair
  • ½ cawan whipping cream 
  • ¼ cawan gula kastor atau madu 
  • 1 sudu kecil perisa vanilla
  • Buah-buahan segar (strawberi, mangga, kiwi, anggur, nanas)

Cara penyediaan

  1. Campurkan yogurt, susu, whipping cream, gula dan vanila dalam mangkuk besar. Kacau hingga sebati dan gula larut.
  2. Masukkan potongan buah-buahan segar ke dalam campuran tadi. Anda juga boleh kisar sebahagian buah untuk jadikan adunan berperisa dan biarkan sedikit potongan buah untuk tekstur.
  3. Tuangkan campuran ke dalam bekas bertutup atau acuan kecil.
  4. Bekukan dalam peti sejuk beku selama 6–8 jam. Jika mahu tekstur lebih lembut keluarkan setiap 2 jam dan kacau dengan garpu kemudian bekukan semula. Ulang 2–3 kali.
  5. Bila sudah beku keluarkan 5–10 minit sebelum dihidang supaya lembut sedikit. Hidangkan dalam cawan atau mangkuk kecil.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Moden

Spageti ala mamak, ‘twist’ rasa Malaysia menambat selera

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Moden

Agar-agar buah naga penyegar tekak ketika cuaca panas

Terhangat