KUALI | Resipi Moden

Menu diet tak lagi membosankan, resipi salad kentang sihat dan kenyang lebih lama

Lead Image

JIKA anda sedang berusaha menjaga pemakanan tetapi bosan dengan pilihan salad sama setiap hari, cuba kelainan pada rasa resipi yang satu ini.

Resipi Crispy Smashed Potato Salad dikongsikan The Cook Wife di TikTok menampilkan hidangan dengan keseimbangan sempurna yang bukan sahaja sihat tetapi confirm sedap.

Kentang yang mempunyai karbohidrat kompleks memberi tenaga berpanjangan, sesuai untuk individu aktif atau sedang mengawal pengambilan makanan.

MENARIK DIBACA: Sedap dimakan bersama nasi panas dan ikan goreng, kena cuba resipi rasam

MENARIK DIBACA: Rangup di luar, lembut di dalam... Ini rahsia ikan celup tepung sedap macam dekat Terengganu

Tunggu apa lagi, marilah cuba sendiri keenakan salad ini.

Bahan-bahan

  • Kentang
  • Bawang besar (potong dadu)
  • Daun bawang (hiris halus)
  • Daun parsli (hiris halus)
  • Timun (potong dadu)
  • Lobak Merah (potong dadu)
  • Greek yogurt
  • Mayonis
  • Lada hitam kisar
  • Serbuk bawang besar
  • Serbuk paprika
  • Minyak zaitun
  • Garam
  • Jus lemon
  • Telur rebus (ikut kesukaan)

Cara penyediaan

  1. Rebus kentang sehingga empuk.
  2. Kemudian, susun kentang di atas dulang pembakar. Gunakan smasher untuk lenyek setiap kentang.
  3. Tabur lada hitam kisar, garam, serbuk paprika, serbuk bawang besar, minyak zaitun, parsli kering di atas kentang lenyek.
  4. Bakar pada suhu 200 darjah celsius selama 30 minit.
  5. Dalam mangkuk, sediakan sos dengan mencapur Greek yogurt, mayonis, jus lemon, lada hitam dan garam.
  6. Tambah timun, lobak merah, bawang besar, daun bawang dan parsli segar lalu gaul sebati.
  7. Masukkan kentang sudah dipanggang dan gaul.
  8. Bagi menambah sumber protein, boleh juga susun telur rebus sebelum dihidangkan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Moden

Kulit risoles mudah pecah selepas digoreng, puncanya ramai tertinggal 2 bahan ini

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Moden

Gabungan madu dan paprika rahsia ‘Hot Honey Chicken’ sedap, memang licin sepinggan!

Terhangat