Kulit risoles mudah pecah selepas digoreng, puncanya ramai tertinggal 2 bahan ini
SNEK risoles goreng berinti sedap sememangnya popular di Malaysia walaupun ia berasal dari negara jiran.
Kulitnya nipis dan lembut diisi dengan ayam, sayur dan keju kemudian disalut serbuk roti digoreng keemasan memang sangat enak!
Hidangan ini bukan sahaja sesuai untuk sarapan malah boleh dijadikan bekal kerja, minum petang atau dihidangkan pada acara keluarga.

Pun begitu, ramai sebenarnya mengeluh kulit risoles mudah pecah ketika digoreng tetapi sebenarnya ada caranya.
Pastikan tepung tidak berketul dan campurkan telur serta susu sehingga adunan menjadi licin dan agak cair.
Lepas ini bukan setakat dimakan waktu pagi malah boleh juga dibuat frozen.
Bahan-bahan
- 250g tepung gandum
- 2 biji telur
- 500ml susu cair
- 1 sudu besar minyak
- Sedikit garam
- 1 sudu kecil gula
- 150g isi ayam cincang
- 1 batang lobak merah
- 1/2 cawan kacang peas
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 2 sudu besar mentega
- 2 sudu besar tepung gandum
- 250ml susu cair
- Lada sulah dan lada hitam
- Keju parut
- 1 biji telur
- Serbuk roti
MENARIK DIBACA: Rasanya berlemak menggoda selera, ini resipi akok cara orang Kelantan
MENARIK DIBACA: Rajin-rajin makan bayam dan ubi keledek, mampu atasi masalah rambut gugur
Cara penyediaan
- Campurkan tepung, garam dan gula ke dalam mangkuk kemudian masukkan telur dan susu sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga adunan licin.
- Tambah 1 sudu besar minyak ke dalam adunan tadi.
- Panaskan kuali kemudian tuang sedikit adunan dan ratakan nipis seperti crepe. Masak hingga tepi terangkat, angkat dan sejukkan. Ulang hingga habis adunan.
- Cairkan mentega dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan ayam masak hingga berubah warna kemudian tambah lobak merah dan kacang peas.
- Tabur tepung dan gaul rata, tuang susu perlahan sambil kacau hingga menjadi inti berkrim.
- Perasakan dengan garam, lada sulah dan lada hitam. Sejukkan inti sebelum digunakan.
- Ambil sekeping kulit, letak inti di tengah kemudian lipat kedua sisi dan gulung seperti popia. Ulang untuk semua kulit.
- Celup risoles dalam telur, salut dengan serbuk roti.
- Panaskan minyak sederhana banyak, goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan minyak.