KUALI | Resipi Moden

Jangan sekadar guna sos pasta, ikut cara ini masak spageti bolognese... Confirm anak-anak makan sampai jilat pinggan!

Lead Image

HIDANGAN spageti bolognese barangkali antara menu popular dalam kalangan mak-mak yang mempunyai anak tidak gemar makan nasi.

Juadah itu dianggap penyelamat kerana ia bukan sahaja digemari kanak-kanak tetapi penyediaannya juga cukup mudah.

Apatah lagi terdapat pelbagai jenis sos tomato yang banyak dijual dan memudahkan kerja.

Sos bolognese dihasilkan daripada ceri tomato.

Tapi apa kata cuba olah sedikit resipi spageti bolognese agar ia lebih menarik perhatian anak-anak selain memberi gizi seimbang dalam makanan mereka.

Menu asal Bologna, Itali itu cukup enak dengan gabungan bebola daging bersereta taburan keju parmesan yang membuka selera sesiapa sahaja.

Membuat spageti bolognese memang mudah tetapi ada beberapa tip yang boleh dicuba untuk mendapat rasa enak dan menawan hati anak-anak.

Jom! Kuali kongsi resipi masak hidangan pasta yang sedap tersebut untuk anda cuba di rumah.

MENARIK DIBACA: Rendam dengan daun jambu, tip kurangkan pahit bunga betik

MENARIK DIBACA: Jangan tersilap! Ada beza 'baking soda' dan 'baking powder' dalam membuat kek 

Bahan-bahan

  • 250g spageti
  • 1 biji bawang besar saiz sederhana (dicincang)
  • 1/2 sudu kecil bawang putih (dicincang)
  • 125g sos pasta
  • 10 biji bebola daging dipotong empat
  • 60g hirisan cendawan butang 
  • Beberapa biji tomato ceri
  • Sedikit keju Parmesan
  • Minyak zaitun
  • Garam
  • Lada hitam

Cara penyediaan

  1. Didihkan satu periuk besar air. Masukkan sedikit garam.
  2. Celupkan spageti ke dalam air, dan biarkan ia tenggelam perlahan-lahan dalam air mendidih.
  3. Masak sehingga spageti menjadi 'al dente' mengikut arahan pada bungkusan atau sesuaikan mengikut citarasa anda.
  4. Toskan spageti dan ketepikan di atas pinggan hidangan.
  5. Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Tumis potongan bebola daging, bawang besar dan bawang putih sehingga keperangan dan naik bau.
  6. Masukkan sos pasta dan cendawan. Tutup kuali dan renehkan selama 20–25 minit.
  7. Perasakan dengan garam dan lada hitam mengikut citarasa.
  8. Tuangkan sos daging yang telah dimasak ke atas spageti.
  9. Hiaskan dengan beberapa biji tomato ceri dan taburkan keju Parmesan di atasnya sebelum sedia dihidang.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Moden

Bosan dengan carbonara dan bolognese, kena cuba resipi spageti tomyam berkrim

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Moden

Kulit risoles mudah pecah selepas digoreng, puncanya ramai tertinggal 2 bahan ini

Terhangat