KUALI | Resipi Moden

Bosan dengan carbonara dan bolognese, kena cuba resipi spageti tomyam berkrim

Lead Image

SESEKALI hendak layan tekak makan spageti biasanya mesti ramai akan guna sos tomato segera yang mudah dan cepat.

Pilihan yang ada juga biasanya sos bolognese atau pun carbonara, sampai naik bosan!

Apa kata sesekali ubah selera dengan menu berbeza iaitu spageti rasa tomyam.

Bukan sahaja mudah, rasanya juga sangat sedap dengan kombinasi masam dan pedas.

Kuali kongsikan resipi spageti tomyam berkrim untuk anda cuba sendiri di rumah.

MENARIK DIBACA: Resipi pakcoy tumis bawang putih ini kena cuba, memang tak pandang lauk lain atas meja

MENARIK DIBACA: Sambal nyok sedap cicah dengan ulam... Tak payah masak, gaul-gaul dah siap!

Bahan-bahan

  • 1/2 biji bawang besar (Dicincang)
  • 3 ulas bawang putih (Dicincang)
  • Cili padi (Dicincang)
  • Isi ayam (Dipotong dadu)
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu besar pes tomyam
  • 1/2 kiub ayan
  • 4-5 helai daun limau purut
  • 1/2 bungkus spageti (direbus)
  • Tomato ceri

Langkah penyediaan

  1. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam dan biarkan sehingga masak atau kekuningan.
  3. Kemudian masukkan satu tin susu cair, pes tom yam, kiub ayam dan daun limau purut.
  4. Biarkan seketika sehingga semua bahan bercampur sebati.
  5. Masukkan spageti yang telah direbus dan tomato kemudian kacau sehingga sebati.
  6. Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Pesanan Kuali: Masakan tidak perlu garam kerana pes tomyam sudah cukup masin.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Moden

Baunya semerbak satu rumah, ada rahsia buat roti bakar pandan gebu dan rangup 

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Moden

Jangan sekadar guna sos pasta, ikut cara ini masak spageti bolognese... Confirm anak-anak makan sampai jilat pinggan!

Terhangat