KUALI | Resipi Moden

Baunya semerbak satu rumah, ada rahsia buat roti bakar pandan gebu dan rangup 

Lead Image

SIAPA sahaja yang tidak tergoda dengan aroma wangi roti bakar pandan yang baru keluar dari oven?

Warna hijau lembut menarik mata, ditambah pula tekstur roti gebu dan krim pandan manis menjadikan hidangan ini kegemaran ramai baik untuk sarapan pagi mahupun snek petang. 

Untuk menghasilkan roti bakar pandan yang benar-benar sedap, bukan sekadar meletakkan krim pandan di atas roti.

Terdapat beberapa rahsia penting memastikan setiap gigitan kaya dengan rasa dan aroma pandan memikat.

Bancuhan krim pandan diperbuat daripada santan dan ekstrak daun pandan, disapu sedikit mentega sebelum dibakar dengan api sederhana membangkitkan aroma seluruh rumah. 

MENARIK DIBACA: Pernah dengar fasal ikan sebelah? Ini fakta menarik tentangnya

MENARIK DIBACA: Kenapa mi goreng Sabah berbeza? Ini resipi asli untuk anda cuba

Di tabur pula dengan kelapa panggang itulah sebenarnya rahsianya supaya roti lebih enak.

Apa tunggu lagi, jom buat sendiri dengan mengikuf resipi disediakan Kuali. 

Bahan-bahan

  • 4–6 keping roti putih 
  • 2 sudu besar mentega 
  • Sedikit gula 
  • 3–4 helai daun pandan
  • 1 biji telur
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar susu cair atau susu segar
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil mentega cair
  • Secubit garam

Cara penyediaan

  1. Kisar daun pandan dengan sedikit air dan tapis kemudian campur dengan telur, susu pekat, susu cair, gula, mentega cair dan sedikit garam hingga sebati.
  2. Sapu sedikit mentega pada kedua-dua sisi roti kemudian sapu adunan pandan di atas satu bahagian roti.
  3. Panaskan kuali atau pemanggang, bakar roti dengan bahagian pandan di bawah hingga keperangan dan karamel. 
  4. Terbalikkan dan bakar bahagian lagi hingga rangup.
  5. Hidangkan panas-panas, boleh ditambah gula, serikaya atau keju mengikut citarasa.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Moden

Resipi coleslaw salad paling ringkas, enak dimakan bersama ayam panggang

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Moden

Bosan dengan carbonara dan bolognese, kena cuba resipi spageti tomyam berkrim

Terhangat