KUALI | Resipi Moden

Resipi coleslaw salad paling ringkas, enak dimakan bersama ayam panggang

Lead Image

COLESLAW antara salad sampingan kegemaran sering dinikmati bersama ayam panggang mahupun kentang putar. 

Menu mencampurkan kubis, lobak merah dan bawang dicincang halus dan digaul bersama mayones terasa lebih enak apabila dimakan sejuk. 

Sajian ringkas ini juga sesuai dinikmati buat individu mahu menikmati salad ringkas sebagai pelengkap selera ketika bersarapan. 

Jom cuba resipi perkongsian Nur Shazrina yang mudah dan senang untuk disediakan malah rasanya tak ubah persis restoran ayam goreng terkemuka. 

Bahan-bahan

  • 1/2 kobis saiz sederhana (hiris)
  • 1/2 lobak merah (hiris)
  • 1/2 bawang besar (hiris)
  • 6 sudu besar mayonis 
  • Sedikit garam 
  • Satu sudu kecil gula (ikut kesesuaian)
  • 1 sudu kecil lada putih
  • 1/2 biji perahan limau nipis
  • Susu penuh krim secukupnya

MENARIK DIBACA: Baunya semerbak satu rumah, ada rahsia buat roti bakar pandan gebu dan rangup 

MENARIK DIBACA: Kenapa mi goreng Sabah berbeza? Ini resipi asli untuk anda cuba

Cara penyediaan 

  1. Masuk kobis, lobak dan bawang besar dihiris halus. 
  2. Kemudian, campur lada putih, mayonis, gula dan garam. Gaul sebati semua bahan-bahan ini. 
  3. Perah limau nipis lalu campurkan susu penuh krim secukupnya. 
  4. Gaul perlahan semua bahan-bahan agar sebati dan simpan dalam peti sejuk selama dua jam sebelum dinikmati sebagai salad.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Moden

Terliur tengok influencer masak kambing black pepper, tak sangka resipinya mudah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Moden

Baunya semerbak satu rumah, ada rahsia buat roti bakar pandan gebu dan rangup 

Terhangat