KUALI | Resipi Tradisi

Kenapa mi goreng Sabah berbeza? Ini resipi asli untuk anda cuba

Lead Image

JIKA anda penggemar mi goreng mungkin sudah tiba masanya mencuba pula versi hidangan ini dengan cara orang Sabah.

Dengan gabungan rasa manis, masin dan sedikit pedas, mi goreng Sabah pasti akan menambat selera anda.

Hidangan ini ringkas tetapi penuh dengan aroma sesuai dinikmati pada bila-bila masa.

Mi Sabah biasanya bertekstur lebih kenyal dan padat berbanding mi di Semenanjung.

Menariknya, mi kuning di Sabah biasanya lebih tebal dan kenyal memberikan tekstur lebih padat berbanding mi kuning di Semenanjung.

Kalau mahukan mi goreng yang lebih sedap, berkilat dan beraroma, anda boleh menambah satu sudu kecil minyak bijan pada akhir masakan dan ia memberi aroma wangi pada masakan.

MENARIK DIBACA: Pernah dengar fasal ikan sebelah? Ini fakta menarik tentangnya

MENARIK DIBACA: [V] Ini port malatang paling berbaloi, puas ‘menyelam’ di Panda Mala Hotpot

Untuk rasa lebih 'Sabah', ada sesetengah gerai menambah sedikit sambal belacan atau cili kisar.

Tak perlu terbang ke Sabah untuk merasai keenakan hidangan ini, Kuali kongsikan resipinya untuk anda cuba sendiri di rumah.

Bahan-bahan

  • 400 g mi kuning
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • 1–2 biji cili merah
  • 1 genggam sawi kobis
  • 1 biji tomato
  • 1 biji telur
  • ½ cawan taugeh
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil sos cili
  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil gula
  • Garam
  • 5–6 ekor udang/ sotong
  • Ayam/daging

Cara penyediaan

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
  2. Masukkan cili, tomato dan sayur keras dahulu seperti batang sawi/kobis.
  3. Masukkan protein pilihan dan goreng sehingga hampir masak.
  4. Alihkan ke tepi, pecahkan telur dan kacau sekejap hingga berketul.
  5. Masukkan mi kuning dan gaul sekata.
  6. Tuangkan campuran sos kicap manis, kicap masin, sos tiram, sos cili, lada hitam dan gula.
  7. Masukkan taugeh dan daun sawi, goreng 1–2 minit sahaja supaya kekal rangup.
  8. Rasa dan seimbangkan garam/manis mengikut selera dan boleh tambahkan sedikit minyak bijan.
  9. Angkat dan hidangkan dengan hirisan limau nipis untuk rasa segar.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Tak guna belacan pun sambal totok Jawa tetap ‘menyala’, makan pula dengan nasi panas-panas

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Jarang jumpa sekarang, nasi durian menu klasik orang dulu-dulu

Terhangat