Jarang jumpa sekarang, nasi durian menu klasik orang dulu-dulu
MUSIM durian akhir di Malaysia biasanya berlaku pada hujung tahun dari November hingga Disember.
Maka tak hairanlah, sejak akhir-akhir ini, suasana tepi jalan kembali meriah dengan dereta gerai menjual raja buah itu.
Alang-alang tengah musim, apa kata anda cuba satu sajian klasik orang dulu-dulu yang semakin jarang dibuat iaitu nasi durian.

Menggabungkan keharuman durian, kelembutan santan dan nasi putih, hidangan ini kaya rasa manis, wangi dan cukup menyelerakan.
Berbeza dengan pulut durian, nasi durian lebih ringkas kerana hanya menggunakan nasi putih biasa yang sudah sedia ada.
Jom Kuali tunjukkan resipinya:
Bahan-bahan
- 5 ulas durian
- 100 ml santan kotak
- 1 sudu besar gula merah/ putih
- Nasi putih
- Garam secukup rasa
MENARIK DIBACA: Jarang ada peniaga jual, pempengaruh kongsi resipi mudah buat tepung bungkus
MENARIK DIBACA: Bosan dengan carbonara dan bolognese, kena cuba resipi spageti tomyam berkrim
Cara penyediaan
- Masakkan santan dengan api sederhana.
- Tambahkan 50 ml air dan sedikit garam, kemudian biarkan santan mendidih.
- Setelah siap, gaulkan isi durian bersama nasi putih, kemudian tuangkan santan yang telah dimasak.
- Masukkan gula merah. Jika kurang manis, tambah sedikit gula putih mengikut cita rasa.