KUALI | Resipi Tradisi

Gabungan pedas dan manis nasi goreng nanas memikat selera

Lead Image

JIKA sudah bosan dengan menu nasi goreng yang sama, apa kata kali ini cuba resipi dari negara jiran iaitu Thailand.

Nasi goreng nanas pasti akan membuat setiap suapan terserlah rasa manis, masin, masam dan pedas yang memberikan keunikan dan kepuasan. 

Malah menambahkan nanas dalam nasi goreng akan memberikan tekstur rangup serta aroma menggoda. 

Jom Kuali kongsi resipi nasi goreng nanas yang mudah dihasilkan, sesuai untuk dimakan pada bila-bila masa. 

Nenas menambahkan kerangupan pada nasi goreng.

Bahan-bahan

Untuk bahan utama

  • 2 sudu besar minyak
  • 2 cawan nasi
  • 1 mangkuk kecil nanas (potong kiub)
  • 1 biji telur
  • 6-7 ekor udang
  • serbuk lada sulah
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • bawang goreng untuk hiasan

Untuk tumbuk kasar

  • 4 tangkai cili hijau
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

MENARIK DIBACA: Rasanya menyegarkan, teh O longan rahsia ‘boost’ tenaga sepanjang hari 

MENARIK DIBACA: Resipi apam nasi memang mudah, tersalah 'step' memang keras jadinya

Cara penyediaan

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan tumbuk kasar, tumis sehingga naik bau wangi.
  2. Tambahkan udang, kacau sehingga separuh masak.
  3. Kacau telur di dalam mangkuk, tuang ke dalam kuali dan kacau hingga hancur dan sebati.
  4. Masukkan nasi, serbuk lada sulah, sos ikan, dan nenas. Kacau rata sehingga semua bahan sebati.
  5. Angkat nasi goreng dan hiaskan dengan bawang goreng sebelum dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Jarang jumpa sekarang, nasi durian menu klasik orang dulu-dulu

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Resipi sambal hitam belimbing buluh hanya 4 bahan... Tapi mohon bersabar, proses memasaknya memang lama!

Terhangat