KUALI | Resipi Moden

Terliur tengok influencer masak kambing black pepper, tak sangka resipinya mudah

Lead Image

RESIPI kambing black pepper yang dikongsi pempengaruh masakan, Farah Hanani Azalan di media sosial miliknya memang buat ramai terliur.

Rasa pedas lada hitam ditambah dengan aroma semula jadi daging kambing pastinya membuatkan selera berganda-ganda!

Bahan dan langkah penyediaan untuk buat hidangan kambing black pepper berkuah juga tidak terlalu memeningkan kepala dan hasilnya pasti menjadi.

Untuk anda yang mahukan hidangan lain daripada yang lain, jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Farah ini. 

MENARIK DIBACA: Jadikan makan bersama keluarga sebagai rutin, mampu bentuk karakter dan keperibadian anak-anak

MENARIK DIBACA: Rahsia di sebalik semangkuk mi segera, ketahui asal usul dan evolusi sejak 4,000 tahun lalu

Bahan-bahan

Bahan A

  • 400 gram daging kambing
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Garam
  • Gula
  • Perasa

Bahan B (Tumis)

  • 3 ulas bawang putih (Dicincang)
  • 1 inci halia
  • 1/4 bawang holland

Bahan C (Kuah)

  • 3 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 1/2 sud besar serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan air
  • Garam
  • Gula
  • Perasa

Bahan D (Hiasan)

  • Daun bawang (Dipotong saiz batang mancis)
  • Tomato ceri

Langkah penyediaan

  1. Bancuh kesemua bahan C dalam sebuah mangkuk kemudian ketepikan.
  2. Gaul daging kambing yang telah cuci bersih bersama garam, gula, perasa, serbuk lada hitam dan tepung jagung.
  3. Panaskan minyak, tumis semua bahan B dan masukkan daging kambing yang telah diperap. Masak dengan api yang besar sehingga sedikit garing.
  4. Masukkan daun bawang dan tomato ceri kemudian tuang bahan C (kuah) yang telah dibancuh. Gaul sehingga sebati.
  5. Siap untuk dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Moden

Masak bebola kentang udang berkeju bersama anak, idea aktiviti cuti sekolah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Moden

Resipi coleslaw salad paling ringkas, enak dimakan bersama ayam panggang

Terhangat