KUALI | Nutrisi

Jadikan makan bersama keluarga sebagai rutin, mampu bentuk karakter dan keperibadian anak-anak

Lead Image

MEJA makan ibarat bilik darjah tanpa buku membolehkan anak belajar dalam diam tetapi efektif. 

Dalam suasana tenang dan penuh perhatian ketika makan, anak-anak dapat belajar tentang komunikasi termasuk belajar menyusun ayat, meluahkan pendapat dan mendengar dengan teliti.

Sesi makan malam 30 minit sehari mampu mewujudkan ikatan kuat antara keluarga bahkan memberikan sokongan kestabilan emosi diperlukan anak sepajang membesar.

Anak banyak menghabiskan masa dengan ibu bapa membesar lebih ceria.

Perkara ini dibuktikan oleh kajian dari Universiti Columbia, New York menunjukan remaja makan malam bersama keluarga lima kali seminggu cenderung mendapat gred lebih baik. 

Kumpulan remaja ini juga memiliki kemahiran komunikasi dan perbendaharaan kata lebih baik bahkan kurang terlibat dalam tabiat berisiko seperti merokok atau pengambilan alkohol.

MENARIK DIBACA: Kongsi resipi masakan Cina versi halal, percubaan Jia Le Woh erat perpaduan melalui makanan berjaya

MENARIK DIBACA: [V] Hidup berdikari di AS banyak hikmah, Juliana Evans kini cekap memasak - “Tapi tengok ‘mood’ juga”

Lebih daripada itu, kajian mendapati makan malam bersama keluarga juga untuk kesejahteraan emosional dan moral anak. 

Fenomena ini amat relevan pada masa kini dengan gajet dan media sosial memisahkan keluarga biarpun duduk dibawah satu bumbung. 

Sesi makan makan dapat mengeratkan hubungan keluarga.

Kajian sama turut menekankan perkara tampak remeh seperti makan bersama keluarga sebenarnya adalah asas kepada kejayaan akademik, pembentukan karakter dan kesejahteraan psikologi anak. 

Kebaikan makan bersama bukan hanya buat anak-anak, sebaliknya ia turut membantu mengeratkan hubungan antara suami isteri.

Sejurus duduk makan malam bersama, ibu bapa dapat berbual tentang pelbagai topik berkaitan tanggungjawab dalam pengurusan rumah, perancangan masa depan mahupun bertukar cerita tentang aktiviti seharian. 

 

 

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Kurangkan bau mulut dengan daun limau purut, sakit gigi pun boleh hilang… Ini cara-caranya

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Wanita sedang TTC kena elak 7 makanan ini, gula pula boleh jejas keseimbangan hormon

Terhangat