KUALI | Menu Selebriti

[V] Hidup berdikari di AS banyak hikmah, Juliana Evans kini cekap memasak - “Tapi tengok ‘mood’ juga”

Lead Image

PERCAYA atau tidak, pelakon Che Puan Juliana Evans tidak pernah melakukan kerja rumah apatah lagi memasak kerana memberi fokus kepada bidang seni yang diceburinya sejak usia 12 tahun.

Namun situasi itu berubah apabila Juliana atau Juliana Sophie Johari Evans, 36, melanjutkan pengajian di Universiti Western Michigan di Amerika Syarikat pada 2012.

Pemergiannya ke AS bukan sahaja menuntut ilmu tetapi di bumi asing itulah Juliana mula berdiri di atas kakinya sendiri selain belajar memasak. 

KETIKA belajar di luar negara pada 2012, Juliana mula berdikari termasuk belajar memasak.

"Jadual saya memang sangat padat. Jadi saya tidak sempat untuk belajar apa-apa termasuk memasak kerana segala-galanya dilakukan oleh ibu saya.

"Namun ketika saya menyambung pengajian di luar negara dan tinggal seorang diri, sejak itu saya mula belajar memasak untuk hidup," katanya kepada Kuali.

Pengalaman menetap di luar negara kata Juliana mempunyai banyak hikmah dan kini dipraktikkan bagi menjaga suami dan dua anaknya.

MENARIK DIBACA: Banyak khasiat minum air rebusan daun kari, mampu rawat buasir dan cegah bau badan... Tambah halia lagi umphh!

MENARIK DIBACA: Perkahwinan 25 tahun musnah, isteri kecewa suami makan kek keju miliknya tanpa izin

Kemahiran di dapur juga semakin baik dan Juliana seronok dapat memasak hidangan buat keluarga kecilnya.

Bagaimanapun tanpa berselindung, pelakon filem KAMI The Movie itu, dia tidak memasak setiap kerana ia bergantung dengan moodnya. 

"Selepas berkahwin dan memiliki cahaya mata, saya jadi lagi bersemangat untuk masak di rumah. 

"Tapi ia bergantung dengan mood saya. Saya tidak masak setiap hari, tapi bila mood untuk memasak itu datang, memang saya akan sangat rajin ke dapur," ujarnya.

Juliana mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj pada 30 April 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Untuk rekod Juliana mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj pada 30 April 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Kamiliah Zanariah Ruby Ehsan Putri, 6 dan Tengku Saidatul’Ihsan Zabedah Fauziah Putri Tengku Shariffuddin Shah, 2 tahun.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Selebriti

[V] Fitri Haris alah terhadap nasi, rela telan ubat alergik setiap hari - “Tak boleh hidup tanpa nasi”

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Selebriti

[V] Dottie dan kari tak boleh dipisahkan, juadah wajib sejak kecil

Terhangat