[V] Fitri Haris alah terhadap nasi, rela telan ubat alergik setiap hari - “Tak boleh hidup tanpa nasi”
PAHIT buat anggota kumpulan UNIC iaitu Dr. Fitri Haris apabila dia dimaklumkan mengalami alahan terhadap nasi.
Bagaimanapun kata Fitri atau Mohamad Fitri Mohamad Haris, 41, dia lebih rela mengambil ubat alahan daripada tidak makan nasi.
Malah kata Fitri, dia sudah pun mengambil ubat tersebut setiap hari sejak sebulan lalu.

“Saya alergik terhadap nasi dan tepung. Jadi doktor sarankan saya ubah diet kepada sayur-sayuran dan kekacang.
“Tapi saya tolak sebab tidak boleh hidup tanpa nasi. Jadi saya pilih makan ubat alahan setiap hari sejak sebulan lalu," katanya kepada Kuali.
Selain nasi, Fitri memaklumkan dia turut mengalami alahan terhadap tepung, daging dan beberapa jenis ikan.
MENARIK DIBACA: Air campuran 3 bahan ini legakan masalah batuk, siap bantu cairkan kahak
MENARIK DIBACA: [V] Burasak dan lepat lui juadah Bugis ‘rare’… Cicah dengan rendang ayam daun maman memang mantap!
Pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Nottingham, United Kingdom itu memberitahu dia terpanggil membuat ujian darah disebabkan mengalami masalah kulit.
Kongsi Fitri dia kerap rasa tidak sihat badan walaupun tanpa alasan tertentu yang membuatkan dia mahu mencari punca.
“Saya pelik sebab mata dan kulit saya selalu menjadi merah. Badan pula jadi tidak selesa.
“Lepas buat ujian darah bulan lalu baru saya tahu puncanya… Patutlah saya selalu ada masalah kulit, rupanya sebab nasi. Ini pertama kali saya dengar alergik sebab nasi," katanya ketawa.