Air campuran 3 bahan ini legakan masalah batuk, siap bantu cairkan kahak
CUACA tidak menentu sejak kebelakangan ini membuatkan ramai mengalami masalah batuk dan selesema yang menganggu aktiviti seharian.
Rasa perit pada tekak, ditambah hidung berair juga boleh membuatkan seseorang berasa tidak selesa.
Selain mengambil ubat-ubatan, sebenarnya ada cara tradisional untuk melegakan masalah batuk dan selesema tanpa berjumpa doktor.

Air rebusan tiga bahan iaitu kunyit, halia dan bawang putih memang mujarab merawat batuk dan selesema.
Cara membuatnya juga sangat mudah dan bahan-bahannya ada di rumah.
MENARIK DIBACA: Rahsia di sebalik semangkuk mi segera, ketahui asal usul dan evolusi sejak 4,000 tahun lalu
MENARIK DIBACA: Tak guna belacan pun sambal totok Jawa tetap ‘menyala’, makan pula dengan nasi panas-panas
Bahan-bahan
- 1 inci kunyit
- 1 inci halia
- 1 ulas bawang putih
- 1 sudu besar madu
- Air panas
Langkah penyediaan
- Ketuk atau tumbuk kasar kunyit, halia dan bawang putih.
- Masukkan ke dalam teko dan tuang air panas. Masukkan madu dan kacau sebati kemudian biarkan sehingga suam.
- Minum ketika air masih suam. Amalkan dua kali sehari pada waktu pagi dan malam.
- Selain meredakan batuk, air campuran kunyit, halia dan bawang putih ini juga membantu mencairkan kahak. Selamat mencuba.