Bila lapar cepat marah! Sains di sebalik ‘hangry’, rupanya lelaki lebih mudah emosi
KATA orang, kalau wanita tengah lapar, jangan cuba ditegur atau diajak bersembang.
Perasaan hungry atau gabungan hungry (lapar) dan angry (marah) boleh buat wanita jadi emosi bahkan cepat marah dan murung apabila perut tengah berkeroncong.
Dalam kes ekstrem, keadaan ini boleh buat wanita menangis atau melepaskan emosi secara melampau.
Kajian jurnal American Psychological Association melaporkan lapar boleh menggugat kestabilan emosi seseorang.

Keadaan ini berlaku kerana tahap gula dalam darah menurun membuatkan badan lemah dan merangsang reaksi biokimia menjadikan otak kurang bertenaga.
Apabila tidak makan untuk seketika, tahap glukosa dalam darah berkurangan lantas menggalakkan pengeluaran hormon kortisol atau hormon tekanan dan adrenalin dalam badan wanita.
Kitaran hormon bulanan dan kawalan gula dalam darah wanita lebih sensitif juga menjadikan mereka cepat bertukar emosi.
Pembebasan kortisol boleh buat wanita jadi agresif seakan raksasa beremosi.
MENARIK DIBACA: Bukan sahaja tengok rupa, goncang dan bau antara teknik elak dapat telur tembelang
MENARIK DIBACA: Wanita sedang TTC kena elak 7 makanan ini, gula pula boleh jejas keseimbangan hormon
Namun, jangan lupa keadaan ini juga sebenarnya boleh mencetuskan perubahan emosi dalam kalangan lelaki apabila mereka menahan lapar.
Kajian dari National Library of Medicine turut mendapati ketika lelaki lapar kawasan frontotemporal dan paralimbik otak lebih aktif dan keadaan ini turut merangsang perubahan emosi pada lelaki sekali gus membangkitkan keinginan untuk makan.
Perubahan ini turut membuatkan emosi dan keinginan dalam kalangan lelaki lebih mengganas ketika lapar.

Bezanya, lelaki memilih untuk memendam atau mengalihkan perhatian, berbanding wanita yang cepat menunjukkan ekspresi.
Jadi, bagi mengelak kecelaruan emosi adalah digalakkan untuk lelaki dan wanita mengenali tanda lapar.
Jangan tunggu sampai emosi berubah dan mula hilang kawalan. Lebih baik, sentiasa bawa bekal kudap-kudapan bersama dan apabila mula rasa lemau cepat-cepat isi perut.