Wanita sedang TTC kena elak 7 makanan ini, gula pula boleh jejas keseimbangan hormon
RAMAI wanita hari ini semakin memberi perhatian kepada pemakanan ketika sedang cuba mendapat zuriat atau ‘trying to concieve’ (TTC).
Pemakanan bersih, kurang gula, rendah proses dan kaya nutrisi seperti vitamin C dan E, beta-karoten dan zat besi sangat membantu menstabilkan hormon wanita.
Kajian kolaborasi dari universiti di Australia pula menunjukkan diet rendah makanan terproses, gula halus, lemak jahat dan tinggi sayur serta buah berkait rapat dengan hasil kesuburan baik.

Seperti perkongsian dibuat oleh Penolong Pegawai Perubatan, Azril Nizam Jamaludin di Facebook, memberi kesedaran bahawa wanita perlu elak beberapa jenis makanan jika sedang TTC.
Berikut adalah tujuh makanan sebaiknya dielak wanita sedang cuba dapatkan zuriat:

1. Produk tepung gandum dan makanan karbohidrat terproses
Roti, kuih tradisi menggunakan gandum, mi dan ramen antara makanan patut wanita sedang cuba hamil elak.
Kandungan tinggi indeks glisemik dalam makanan ini membuatkan gula dalam darah cepat naik dan ganggu hormon mengawal ovulasi.
Makanan ini juga meningkatkan risiko keradangan dan rintangan insulin juga musuh utama kesuburan.

2. Gula tinggi fruktosa dan susu pekat manis
Ramai dalam kalangan wanita menggemari minuman manis menyelerakan.
Tapi, makanan manis selalunya tinggi dengan kandungan gula dan hampir tiasa nutrisi bermanfaat.
Sebaiknya, elak daripada mengambil fruktosa berlebihan meningkatkan simpanan lemak pada hati sehingga ganggu metabolisme.

3. Had pengambilan soya diproses
Pengambilan air soya, tofu, tempe perlu dihadkan lebih lagi dalam kalangan wanita TTC.
Makanan seperti ini mengandungi fitoestrogen seakan hormon estrogen dan pengambilan berlebihan boleh ganggu keseimbangan hormon wanita.
Sesetengah wanita sensitif terhadap soya diproses dan menyebabkan kembung serta ketidakseimbangan hormon.

4. Makanan ultra proses
Kek ikan, nuget, makanan segera, ais krim, bijirin sarapan dan keropok antara makanan tinggi bahan kimia tambahan seperti pengawet, pewarna dan bahan penstabil.
MENARIK DIBACA: Bukan sahaja tengok rupa, goncang dan bau antara teknik elak dapat telur tembelang
MENARIK DIBACA: Saiz dapur kecil bukan masalah, ada cara deko agar nampak luas dan praktikal
Ia juga tinggi dengan kandungan lemak trans dan gula tersembunyi boleh tingkatkan kerandangan tubuh sehingga menyukarkan proses implantasi berlaku.

5. Minyak bijirin dan marjerin
Bukan semua omega adalah baik untuk wanita lebih lagi kandungan omega 6 menjadi punca keradangan kronik.
Kandungan lemak teroksida dalam minyak bunga matahari, kanola, jagung, soya dan marjerin boleh mengganggu kesihatan sel, termasuk sel pembiakan.
Marjerin juga mengandungi lemak trans terbukti menjejaskan hormon kesuburan

6.Elak pengambilan buah tropika berlebihan
Sesetengah buah tropika sangat tinggi gula seperti mangga, nanas, betik dan buah naga merah.
Gula berlebihan boleh ganggu hormon ovulasi. Jadi disarankan untuk ambil buah-buahan secara sederhana.

7. Kopi lebih daripada secawan sehari
Pengambilan kafein berlebihan boleh ganggu keseimbangan hormon estrogen dan progesteron.
Gangguan hormon juga boleh menyebabkan tidur terganggu sekali gus mengganggu kestabilan hormon.
Sebaiknya ganti dengan pengambilan air mineral lebih selamat.