KUALI | Nutrisi

Awas kerap ambil makanan segera, boleh cetus masalah kemurungan

Lead Image

PENGAMBILAN makanan diproses atau segera memang mudah dan menjimatkan masa terutama bagi mereka yang sibuk bekerja.

Bukan itu saja, makanan berkenaan juga tidak kalah sedapnya memandangkan ia tinggi kandungan lemak, gula tambahan, garam serta bahan Kimia lain.

Tak hairanlah, pengambilan secara berlebihan boleh meningkatkan risiko obesiti, penyakit jantung, strok dan diabetes jenis 2.

Antara simptom kemurungan adalah hilang minat terhadap aktiviti harian.

Tahukah anda, selain meningkatkan risiko penyakit kronik, makanan diproses juga boleh menjejaskan kesihatan mental seseorang?

Memetik laporan NYPost, penemuan terkini dalam sebuah jurnal perubatan menunjukkan pengamabilan ultra processed food (UPF) dikaitkan dengan peningkatan risiko kemurungan antara 20 peratus hingga 50 peratus. 

Antara simptom kemurungan yang dikenal pasti termasuk kehilangan minat terhadap aktiviti harian, perasaan putus asa serta kesedihan berpanjangan.

Keadaan ini berlaku kerana makanan segera boleh mencetuskan lonjakan paras gula darah secara mendadak, sekali gus menyebabkan perubahan emosi seperti rasa gelisah, mudah marah dan murung.

MENARIK DIBACA: Kopi paling mahal di dunia ada di Dubai, RM4,000 secawan!

MENARIK DIBACA: Makan perlahan kurangkan risiko obesiti sebanyak 45 peratus

Selain itu, UPF juga kekurangan nutrien penting untuk fungsi otak seperti vitamin B, vitamin D, magnesium dan omega-3 yang berperanan dalam penghasilan hormon 'bahagia' seperti serotonin dan dopamin.

“Kajian menunjukkan mikrobiota usus individu yang mengalami kemurungan berbeza dengan ketara berbanding mereka yang sihat,” jelas penyelidik.

Ringkasnya, perut kita mungkin kenyang dengan makanan, namun otak sebenarnya 'laparkan' nutrisi.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Wanita sedang TTC kena elak 7 makanan ini, gula pula boleh jejas keseimbangan hormon

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Saffron rempah paling mahal di dunia, khasiatnya jadi buruan… Mampu atasi kemurungan

Terhangat