KUALI | Nutrisi

Tingkatkan penghasilan susu ibu dan redakan sakit kepala, antara 8 kebaikan minum air rebusan halba

Lead Image

BIJI halba memiliki bau menyengat namun rempah berbentuk biji-biji kecil itu sering diperlukan sebagai bahan tambahan rasa dalam masakan.

Biasanya biji halba digunakan dalam masakan berkuah seperti gulai dan asam pedas bagi menambah beraroma dan kelazatan juadah.

Selain digunakan dalam masakan, biji kecil berwarna kucing kecoklatkan ini turut digunakan dalam perubatan tradisional iaitu jamu.

Biji halba sangat sinonim sebagai rempah yang digunakan dalam masakan.

Biji halba diketahui memang memiliki banyak manfaat untuk kesihatan dalaman tubuh badan. Cara mudah adalah dengan mengamalkan minum air rebusan biji halba.

Caranya, rebus dua sudu besar biji halba bersama dua cawan air sehingga mendidih kemudian tutup api dan biarkan wap rebusan halba terperangkap.

MENARIK DIBACA: Nampak biasa dan mudah didapati, 5 makanan 'power' ini mampu bantu rawat migrain

MENARIK DIBACA: Bukan untuk sembelit jer, betik dikisar bersama halia tua bantu legakan masalah kebas kaki

Setelah suam, tapis dan minum air rebusan biji halba setiap pagi atau sebelum tidur.

Antara manfaat dan kebaikan air rebusan halba adalah seperti berikut;

Halba memperlahankan penyerapan gula dalam aliran darah selain membantu menstabilkan para gula.

1. Kawal gula dalam darah

Halba berupaya memperlahankan penyerapan gula dalam aliran darah selain membantu menstabilkan para gula terutama bagi penghidap diabetes.

Minum air rebusan halba setiap hari membantu memelihara kesihatan jantung.

2.Kesihatan jantung

Mengambil sekurang-kurangnya satu cawan air rebusan halba setiap hari membantu mengurangkan kadar bacaan kolesterol jahat (LDL) dan trigliserida dalam darah selain baik untuk kesihatan jantung.

 Halba membantu meningkatkan metabolisme badan dan membuatkan perut berasa kenyang.

3. Menurunkan berat badan

Air rebusan halba membantu meningkatkan metabolisme badan dan membuatkan perut berasa kenyang, seterusnya mengurangkan pengambilan makanan.

Biji Halba kaya dengan serat yang membantu mengurangkan masalah sembelit dan melancarkan pencernaan.

4. Lancarkan pencernaan

Halba mempunyai kandungan serat yang membantu mengurangkan sembelit dan kembung perut serta mencuci perut. 

Biji hakba berupaya meningkatkan dan mengaktifkan pengeluaran susu ibu. 

5. Tingkatkan susu ibu

Biji halba secara tradisional digunakan untuk meningkatkan dan mengaktifkan pengeluaran susu ibu. 

Kandungan vitamin C dan antioksidan dalam biji halba membantu menganjalkan kulit.

6. Menjaga kesihatan kulit

Ramai tidak sedar biji halba kaya dengan vitamin C dan antioksidan yang baik untuk memelihara keanjalan kulit.

Air rebusan halba boleh membantu meredakan sakit kepala dan migrain.

7. Melegakan sakit kepala dan senggugut

Mengamalkan air rebusan halba boleh membantu meredakan sakit kepala, migrain dan ketidakselesaan yang berkaitan dengan senggugut. 

Kajian menunjukkan biji halba dapat meningkatkan tenaga seksual dan kesuburan bagi lelaki dan wanita. 

8. Kesihatan seksual

Kajian mendapati biji halba dapat meningkatkan tenaga seksual dan kesuburan bagi lelaki dan wanita.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Bukan hanya ikan haruan, cendawan pilihan bantu sembuh luka selepas pembedahan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Bila lapar cepat marah! Sains di sebalik ‘hangry’, rupanya lelaki lebih mudah emosi

Terhangat