KUALI | Trending

Rahsia di sebalik semangkuk mi segera, ketahui asal usul dan evolusi sejak 4,000 tahun lalu

Lead Image

SIAPA sangka semangkuk mi yang biasa kita santap hari ini menyimpan seribu satu kisah menarik.

Tak kisahlah sama ada mi segera, mi ramen dan mi udon ia tetap berjaya menambat hati penggemarnya di seluruh dunia.

Tambahan pula, bila sudah masuk hujung bulan pasti ramai yang mencari mi segera sebagai langkah penjimatan.

Namun, pernahkah anda terfikir dari mana asal usul mi ini, siapa penciptanya dan bagaimana ia mula popular?

Para aerkologi pernah menemui mi yang masih diawet elok yang dianggarkan berusia sekitar 4,000 tahun.

1. Mi tertua berusia kira-kira 4,000 tahun

Pada tahun 2005, para arkeologi menemui semangkuk mi yang masih terawet dengan baik di Lajia, China dan difahamkan usianya dianggarkan sekitar 4,000 tahun. 

Penemuan ini membuktikan bahawa manusia telah menghasilkan dan memakan mi sejak zaman prasejarah lagi.

Mi tertua asalnya diperbuat daripada bijirin millet bukannya gandum.

2. Mi kuno dibuat daripada millet bukan gandum

Tidak seperti mi moden yang biasanya dibuat daripada gandum, mi tertua ini sebenarnya diperbuat daripada bijirin millet. 

MENARIK DIBACA: Pernah dengar fasal ikan sebelah? Ini fakta menarik tentangnya

MENARIK DIBACA: Kenapa mi goreng Sabah berbeza? Ini resipi asli untuk anda cuba

Ini menunjukkan bahawa masyarakat kuno menggunakan bahan tempatan yang mudah didapati untuk menghasilkan makanan asas tahan lama dan mudah dimakan.

Mi juga pernah direkodkan dalam sejarah sejak zaman Dinasti Han Timur.

3. Mi telah direkodkan sejak zaman Dinasti Han

Selain bukti arkeologi, catatan bertulis dari zaman Dinasti Han Timur turut menyebut tentang mi. 

Ini membuktikan bahawa mi telah menjadi makanan penting dalam budaya masyarakat Asia sejak ribuan tahun dahulu.

Mi kini sudah makin berkembang mengikut budaya setempat.

4. Mi berkembang mengikut budaya dan negara

Selepas muncul di China, mi mula tersebar melalui perdagangan dan perantauan lalu berkembang menjadi pelbagai jenis seperti ramen, udon, soba, mi tarik hinggalah pasta di Eropah. 

Setiap budaya mengolahnya mengikut bahan dan citarasa masing-masing.

Momofuku Ando merupakan pencipta mi segera pertama dunia pada tahun 1958.

5. Evolusi besar berlaku apabila mi segera dicipta pada tahun 1958

Momofuku Ando dari Jepun mencipta mi instan pertama, Chicken Ramen pada tahun 1958 menjadikan mi lebih mudah diakses, cepat dan murah. 

Sejak itu, mi instan menjadi kegemaran global dan menjadi simbol kepraktisan yang semakin popular di seluruh dunia.

Pada tahun 1971, Ando mencipta mi segera dalam cawan sekali guna memudahkan orang menikmatinya di mana sahaja.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Padah minum air soda setiap hari, 300 biji batu karang dikeluarkan dari tubuh wanita 20 tahun

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Kongsi resipi masakan Cina versi halal, percubaan Jia Le Woh erat perpaduan melalui makanan berjaya

Terhangat