KUALI | Trending

Padah minum air soda setiap hari, 300 biji batu karang dikeluarkan dari tubuh wanita 20 tahun

Lead Image

GARA-GARA gemar mengambil minuman soda setiap hari, seorang wanita berusia 20 tahun dari Taiwan terpaksa menjalani pembedahan mengeluarkan lebih daripada 300 biji batu karang dalam pundi kencingnya.

Menurut laporan media tempatan, wanita yang dikenali sebagai Xiao Yu itu dikejarkan ke hospital di bandar Tainan selepas mengalami demam dan sakit pada bahagian bawah punggungnya.

Hasil imbasan ultrabunyi yang dilakukan mendapati, buah pinggang kanan wanita tersebut bengkak dan berlaku pembentukan cecair sehingga pembedahan terpaksa dilakukan.

Hasil imbasan ultrabunyi mendapati terdapat ketulan batu karang terbentuk dalam tubuh seorang wanita akibat pegambilan minuman manis yang tinggi.

Hasil pembedahan akhirnya berjaya mengeluarkan lebih 300 biji batu karang dari tubuh wanita tersebut yang dianggarkan berukuran antara dua hingga lima milimeter.

Hasil siasatan mendapati, pesakit mengaku gemar mengambil minuman soda serta teh bubble setiap hari selama bertahun-tahun.

Lebih memburukkan keadaan, wanita tersebut turut mengakui tidak gemar mengambil air putih sehingga mengakibatkan tubuhnya menghasilkan mineral secara berlebihan.

MENARIK DIBACA: Kongsi resipi masakan Cina versi halal, percubaan Jia Le Woh erat perpaduan melalui makanan berjaya

MENARIK DIBACA: Jarang ada peniaga jual, pempengaruh kongsi resipi mudah buat tepung bungkus

Kesannya, air kencingnya menjadi pekat dan seterusnya bertukar menjadi kristal (batu) kerana menghasilkan garam yang tinggi.

Menurut kajian, minuman seperti soda boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang disebabkan kandungan gula yang tinggi terutama fruktosa, asid fosforik dan kafein.

Kajian turut mendapati, golongan lelaki tiga kali lebih berisiko mengalami masalah batu karang berbanding wanita yang beruur antara 50 hingga 60 tahun.

Malah, masalah batu karang lebih kerap berlaku pada musim panas kerana ketika itu orang ramai lebih terdedah kepada dehidrasi apabila tubuh kekurangan air.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Pempengaruh kecergasan maut buat cabaran naikkan berat badan, ‘telan’ 10,000 kalori sehari

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Rahsia di sebalik semangkuk mi segera, ketahui asal usul dan evolusi sejak 4,000 tahun lalu

Terhangat