KUALI | Trending

Pempengaruh kecergasan maut buat cabaran naikkan berat badan, ‘telan’ 10,000 kalori sehari

Lead Image

TINDAKAN berani pempengaruh kecergasan asal Rusia mengamalkan diet tinggi kalori membawa padah apabila ia meragut nyawanya.

Dmitry Nuyanzin dilaporkan memaksa diri mengambil 25 kilogram makanan tinggi kalori bagi menaikkan berat badannya.

Tujuan mendiang melakukan perkara itu bagi mencabar dirinya menurunkan semula berat badannya dalam tempoh tertentu.

Dimitry mengambil 10,000 kalori sehari bagi menaikkan berat badannya.

Dmitry ingin membuktikan sesiapa sahaja boleh menurunkan berat badan termasuk yang mengalami obesiti.

Selama beberapa minggu, Dmitry mengambil 10,000 kalori sehari dan berkongsi semua pilihan makanan dan perubahan berat badannya di media sosial. 

Mendiang dilaporkan mengambil sepinggan pastri dan separuh kek untuk sarapan pagi manakala sekilo dumpling bersama mayonis.

MENARIK DIBACA: Pernah dengar fasal ikan sebelah? Ini fakta menarik tentangnya

MENARIK DIBACA: Rahsia di sebalik semangkuk mi segera, ketahui asal usul dan evolusi sejak 4,000 tahun lalu

Dmitry juga akan makan keropok sepanjang hari sebagai snem dan burger serta dua biji piza ketika makan malam. 

Dia menetapkan sasaran untuk menambah sekurang-kurangnya 25 kilogram. 

Difahamkan pada 18 November lalu, berat badannya mencecah 105 kilogram dan bertambah 13 kilogram hanya dalam tempoh sebulan. 

Dmitry menyasarkan berat badannya bertambah sebanyak 25 kilogram.

Menerusi video yang dimuat naik, mendiang mengaku tidak selesa dengan berat badannya tetapi tiada siapa menjangkakan tindakannya itu meragut nyawanya. 

Hari sebelum kematiannya, Dmitry membatalkan sesi latihan kerana berasa tidak sihat dan bercadang untuk berjumpa doktor. 

Dia kemudian disahkan meninggal dunia dalam tidur akibat kegagalan jantung namun tarikh sebenar mendiang meninggal tidak didedahkan pihak berkuasa. 

Dmitry dikenali ramai dalam komuniti kecergasan di Rusia dan pernah bekerja dengan atlet elit selama lebih 10 tahun.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Madu boleh tahan bertahun-tahun, kalau cepat rosak petanda bukan asli

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Padah minum air soda setiap hari, 300 biji batu karang dikeluarkan dari tubuh wanita 20 tahun

Terhangat