KUALI | Sajian Warung

[V] Burasak dan lepat lui juadah Bugis ‘rare’… Cicah dengan rendang ayam daun maman memang mantap!

Lead Image

ALANG-ALANG ke Melaka, apa kata panjangkan langkah ke sebuah warung yang menyajikan juadah tradisi masyarakat Bugis di daerah Jasin. 

Terletak di Kampung Tehel, restoran ini menyajikan hidangan khas masyarakat Bugis seperti burasak dan lepat lui yang semakin dilupakan.

Warung diberi nama Burasak Rumah Melaka ini turut menghidangkan pelbagai masakan tradisional bandar bersejarah ini iaitu sambal tahi minyak dan rendang ayam daun maman.

Burasak dan lepat lui dimakan bersama sambal tahi minyak dan rendang ayam daun maman.

Dua hidangan ini cukup sesuai sebagai pelengkap kepada burasak dan lepat lui.

Burasak dikatakan berasal dari Indonesia dan menjadi juadah istimewa masyarakat Bugis dan Makassar.

Makanan ini yang turut dipanggil buras sebenarnya tidak jauh beza dengan ketupat dan lontong tetapi baunya lebih harum.

Pemilik Burasak Rumah Melaka turut menjual burasak dan lepat lui dalam bentuk sejuk beku.

Ia disebabkan burasak dibalut menggunakan daun pisang manakala rasanya pula berlemak kerana dicampur santan. 

Kuali yang pertama kali merasai burasak terus jatuh cinta dengan keenakannya, lebih-lebih lagi dicicah dengan sambal tahi minyak dan rendang ayam daun maman. 

Pemilik warung Burasak Rumah Melaka, Jalaludin Abd. Aziz, 50, memberitahu burasak sebenarnya popular di Johor dan Sabah yang mana banyak etnik Bugis di sana.

MENARIK DIBACA: Resipi coleslaw salad paling ringkas, enak dimakan bersama ayam panggang

MENARIK DIBACA: Sinonim tempat lepak abang bomba, laksa warung ‘legend’ ini hanya RM8 semangkuk!

"Di Melaka pula terkenal sebagai negeri pelancongan dengan lokasinya terletak di tengah-tengah.

“Jadi saya ambil peluang membawa burasak ke negeri ini supaya orang ramai yang berkunjung ke Melaka boleh merasai sendiri keunikan serta keenakan burasak.

"Jadi orang ramai tidak perlu pergi jauh-jauh untuk makan burasak," katanya yang berketurunan Bugis.

Warung berkongsepkan rumah tradisional Melaka.

Berkongsi mengenai lepat lui, Jalaludin menjelaskan ia memiliki bentuk bersegi dan dimasak menggunakan pulut yang dibalut dengan daun pisang. 

Rasanya kata Jalaludin mirip dengan lemang namun proses memasaknya berbeza iaitu dengan kaedah merebus selama enam ke tujuh jam.

"Masak burasak dan lepat lui memang lama iaitu antara enam hingga ketujuh jam.

"Ini yang menyebabkan baunya wangi kerana aroma daun pisang meresap ke dalam nasi dan pulut ketika direbus," katanya.

orang ramai yang berkunjung ke Melaka boleh merasai sendiri keunikan serta keenakan burasak.

Jalaludin

Sesuai dengan proses memasaknya yang lama, harga sepinggan burasak atau lepat lui (lima keping) dijual pada harga RM10.

Manakala sambal tahi minyak pula antara RM2 hingga RM10 sepinggan.

Harga untuk rendang ayam daun maman pula RM15 sepinggan.

Burasak Rumah Melaka dibuka setiap hari, kecuali Jumaat dari pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari sahaja.

Lokasi: Kampung Tehel, Jasin, Melaka

Waze: Burasak Rumah Melaka

Telefon: 012-612 1377

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sajian Warung

Seawal 6 pagi dah ramai beratur, bufet sarapan di restoran Cina Muslim ini hanya RM12.90

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sajian Warung

[V] Mi bandung udang galah hanya RM15, rasa asli macam makan dekat Muar

Terhangat