[V] Mi bandung udang galah hanya RM15, rasa asli macam makan dekat Muar
SEBENARNYA tak susah pun nak cari mi bandung yang sedap macam dekat Muar, Johor di Kuala Lumpur.
Kalau ada yang tengah mengidam rasa autentik mi Bandung, Kuali hendak perkenalkan sebuah kedai mi bandung udang galah di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Restoran Mee Bandung Muar Asli ini memang wajib masuk dalam senarai singgah makan anda!
Jejak sahaja kaki ke restoran ini, anda memang akan dihidangkan dengan bau tumisan kuah mi bandung yang memang menusuk ke hidung. Perut automatik jadi lapar.

Tengok kuahnya sahaja dah buat terliur! Pekat, beraroma dan penuh rasa, paling penting sekali hirup memang tak boleh berhenti.
Semangkuk penuh dengan mi, fishcake, sayur-sayuran, telur dan pelbagai ramuan tambahan.
Apa yang membuatkan menu ini lebih istimewa, hidangan ini didatangkan bersama dua ekor udang galah segar.
Saiz pun bukan boleh tahan besar, isi manis dan memang puas hati untuk semangkuk berharga RM15.
Disaji pula panas-panas bersama daging lembut dan kuah pekat manis memang ngam!
MENARIK DIBACA: [V] Bento masakan rumah dengan harga bajet, paling penting tanpa MSG
MENARIK DIBACA: [V] Rasa asli Thailand di Nong & Jimmy, 3 menu ini wajib cuba
Jadi kepada anda yang tinggal di KL dan teringin mi bandung, tak perlu tempuh perjalanan ke Muar sebab di Kampung Baru pun tak kurang hebat sedapnya.
Lokasi: Mee Bandung Muar Asli berhadapan Public Bank Kampung Baru.
Waktu operasi: 4 petang hingga 4 pagi