info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

Timun sumbat isi ayam... Sup sedap pikat selera anak, menu diet orang dewasa

Lead Image

GABUNGAN timun segar dan isi ayam cincang menjadikan hidangan ini bukan sahaja menyelerakan, malah sesuai dinikmati sebagai menu sihat untuk seisi keluarga.

Rasa kuahnya yang 'ringan' dan nikmat, sup timun sumbat ayam ini cukup mudah disediakan menggunakan bahan ringkas yang ada di dapur. 

Sesuai dihidangkan ketika makan tengah hari atau malam, resipi yang dikongsikan pempengaruh Thip Pha Wan ini juga boleh memikat selera anak-anak.

Bahan yang digunakan juga mudah dan tidak terlalu rumit.

Bahan-bahan

  • 3 batang timun (dipotong tiga bahagian)
  • 1/2 kilogram dada ayam (dicincang)
  • 1 batang lobak merah (dihiris)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • Daun bawang (dihiris)
  • Suhun (direbus)
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • 1 sudu kecil garam

MENARIK DIBACA: Guna resipi turun temurun, rahsia kedai Sate Padang Pak Saf penuh pelanggan

MENARIK DIBACA: [V] Karya seni dalam pinggan di Grey Cafe, bukan sekadar gabungan 2 budaya

Langkah penyediaan

  1. Campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya lalu adun sehingga sebati. Ketepikan.
  2. Sediakan timun yang telah dibuang kulit lalu potong antara tiga hingga empat bahagian.
  3. Korek atau buang biji pada bahagian tengah timun untuk membentuk lubang.
  4. Masukkan adunan isi dada ayam tadi pada lubang yang dibentuk.
  5. Masukkan timun yang telah disumbat dengan isi dada ayam ke dalam kuah sup kosong lalu biarkan sehingga isi dada ayam masak.
  6. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Betul ke sumsum tulang antara ‘first food’ bayi? Ibu kongsi cara buat guna 'air fryer'

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Sos masam lemak berkrim, aroma harum... Cecah 'Vietnamese roll' terasa kesegarannya

Terhangat